March 27, 2025

Menara Kuala Lumpur Santuni Pelajar Tahfiz dalam Majlis Iftar Berinspirasi

Pelajar Maahad Tahfiz Bustanul Quran, Kuala Lumpur

Berbuka Puasa di Menara Kuala Lumpur: Pengalaman Berharga Bersama Pelajar Maahad Tahfiz Bustanul Quran, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) dengan kerjasama Hop On Hop Off telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Doa Selamat yang cukup bermakna.

Majlis ni bukan sekadar iftar biasa, tapi juga satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk meraikan pelajar Maahad Tahfiz Bustanul Quran, Kuala Lumpur.

Iftar Bertemakan Kebersamaan dan Keberkatan

Majlis ni diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan MKLSB, rakan strategik, dan jemputan khas.

Tapi yang paling menarik, pelajar tahfiz yang dijemput bukan sekadar menikmati juadah berbuka, malah menerima sumbangan bagi pembangunan dan pendidikan mereka.

Selain itu, mereka juga diberikan duit raya oleh pihak pengurusan MKLSB. Satu usaha yang sangat mulia, Bro respect betul!

Lawatan Eksklusif ke Tarikan Menara Kuala Lumpur

Sebagai sebahagian daripada pengalaman istimewa ni, pelajar-pelajar tahfiz berpeluang melawat beberapa tarikan utama di Menara Kuala Lumpur.

Antara yang paling menarik perhatian ialah Sky Deck, Sky Box, dan Observation Deck. Dari ketinggian 421 meter, mereka dapat menikmati keindahan panorama bandar raya Kuala Lumpur, satu pengalaman yang pasti sukar dilupakan.

Ucapan Penuh Makna dari CEO MKLSB

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Encik Nazli bin Saad

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Encik Nazli bin Saad, menegaskan bahawa majlis ini lebih daripada sekadar berbuka puasa. Ia adalah satu usaha untuk mendekatkan syarikat dengan masyarakat.

“Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kasih sayang. Kami di Menara Kuala Lumpur amat berbesar hati untuk berkongsi rezeki dengan pelajar Maahad Tahfiz Bustanul Quran serta memberikan mereka pengalaman yang berbeza di Menara Kuala Lumpur. Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam perjalanan menuntut ilmu dan memberi keceriaan menjelang Syawal nanti.”

Juadah Istimewa ‘Dari Dapur TEMU’

Lepas lawatan, tiba masa yang paling dinanti-nantikan – berbuka puasa! Majlis berlangsung di TEMU Rasmi, di mana para tetamu dihidangkan dengan menu iftar eksklusif dari ‘Dari Dapur TEMU’.

Bagi yang teringin nak merasa hidangan ni, jangan risau! Menu iftar ini tersedia dari 5 hingga 28 Mac 2025 untuk orang ramai.

Majlis berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur ni memang satu pengalaman yang penuh makna. Bukan saja dapat menikmati hidangan lazat, tapi juga menyaksikan bagaimana satu inisiatif boleh membawa senyuman kepada mereka yang memerlukan.

MKLSB berharap majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Dengan program sebegini, hubungan sesama insan semakin erat dan lebih banyak kebaikan dapat disebarkan.

Menara Kuala Lumpur: Ikon Pelancongan Malaysia

Menara Kuala Lumpur Berwarna Hijau

Untuk yang belum pernah ke Menara Kuala Lumpur, Bro rekomen sangat untuk datang. Terletak di puncak Bukit Nanas, Menara KL adalah menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh tertinggi di dunia.

BACAMenara Kuala Lumpur Bersinar Hijau Tandakan Masuknya Waktu Solat

Selain tarikan seperti Sky Deck, Sky Box, dan Tower Walk 100, ada juga restoran berputar ARAS yang menawarkan pengalaman makan yang luar biasa.

Kalau Bro nak buat tempahan di Restoran ARAS, boleh hubungi +6011 2888 2020 atau email ke aras@kltower.com.my.

Menara Kuala Lumpur dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam, jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai keindahan ibu kota dari puncaknya.

Keywords:

  • Menara Kuala Lumpur
  • Berbuka puasa di KL
  • Majlis iftar Ramadan
  • Tempat menarik di Kuala Lumpur
  • Sky Deck Menara KL
  • Restoran ARAS Menara KL
  • Tempat berbuka puasa di KL

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *