April 24, 2024

Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy Jalin Kerjasama Perkasa Industri Seni

MoA Metrowealth International Group Meatech Creative Academy

Tahniah diucapkan kepada Metrowealth International Group (MIG) diatas Memorandum Perjanjian (MOA) bersama Meatech Creative Academy.

Memorandum Perjanjian (MOA) dijalinkan bagi menyahut seruan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Latihan Industri (LI) kepada para pelajar dalam mencari pengalaman, peluang serta pembelajaran lebih luas dalam industri ini.

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) oleh CEO Meatech Creative Academy, Puan Shahralin Bt Abdul Hamid dan CEO Metrowealth International Group (MIG), Mr. David Teo bertempat di di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya.

Ia turut disaksikan oleh COO Meatech Creative Academy, Mohd Zaharizan Bin Abdul Mubin disaksikan oleh Pengarah Bahagian Persijilan Kompetensi JPK, Encik Mohd Sukri Bin Ismail.

Metrowealth International Group Meatech Creative Academy

Untuk pengetahuan anda,

MIG merupakan sebuah syarikat produksi hiburan yang terkenal dengan yang bukan sahaja penghasilan drama dan filem di Malaysia, bahkan menglahirkan bintang terkenal selama 23 tahun ia ditubuhkan.

Antara bintang dibawah naungan MIG seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Yana Samsudin dan banyak lagi selaras dengan visi mereka, “Bintang Dicipta Bukan Dilahir”.

MOA ini tertakluk pada perisian perjanjian persetujuan perkongsian kemahiran dan peluang dari pihak MIG kepada pelajar Meatech Creative Academy untuk diserap masuk ke bidang perkerjaan industri kreatif yang sebenar.

Kerjasama strategik bakal dilaksanakan demi mencapai matlamat bersama untuk melahirkan ramai bakat muda dalam industri seni.

Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi Meatech CreativeAcademy

Aziz M Osman Meatech Creative Academy

Pada majlis yang sama, turut menyaksikan Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi dan Aziz M Osman menerima Diploma Kemahiran Malaysia Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy.

Untuk pengetahuan anda.

Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawi merupakan graduan ijazah sarjana daripada Open Universiti Malaysia serta pemegang diploma dalam bidang lakonan daripada Meatech Creative Academy.

Manakala Aziz M Osman pula, pemegang Diploma Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy.

Di Meatech Creative Academy, pelajarnya akan dilatih oleh rakan-rakan industri yang berpengalaman dan pakar dalam bidang kreatif dimana diterapkan 70% praktikal + 30% teori dalam pembelajaran.

Pendaftaran terbuka kepada lepasan SPM mahupun yang tiada sijil pendidikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Meatech Creative Academy, anda boleh layari https://meatechskill.edu.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *