August 9, 2022

Spritzer Melancarkan Botol Ikonik Baharu Air Mineral Semulajadi

Spritzer Natural Mineral Water Bottle

Pengeluar air botol utama Malaysia, Spritzer secara rasminya melancarkan botol ikonik baharu yang lebih bergaya dan berketrampilan.

Pembungkusan ini boleh dikitar semula sepenuhnya dan ia juga diperbuat daripada bahan kitar semula.

Lengkungan botol yang anggun dan kelihatan moden itu berbentuk seperti titisan air dan direka bentuk dengan cengkaman ergonomik. Skim warna firus (turquoise), gabungan warna biru dan hijau, mewakili kesucian alam semula jadi, ketenangan dan kedamaian.

Manakala logo korporat baharu diilhamkan oleh kawasan tadahan air bersih Syarikat seluas 390 ekar, yang terletak dalam persekitaran hutan hujan terpelihara di Taiping, Perak.

Penampilan botol baharu yang lestari boleh dikitar semula. Ia bukan sahaja dapat memberi kitaran baharu terhadap pembungkusan, malah dapat mengurangkan pelepasan karbon secara langsung.

“Spritzer sedang meningkatkan inisiatif kelestarian syarikat melalui pengeluaran botol ikonik baharu bagi memenuhi tujuan estetika modenisasi. Inisiatif yang betemakan 'Wajah Baharu Tujuan Baharu' (‘New Look New Purpose’) juga dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula botol.

Wajah baharu pembungkusan ini diilhamkan oleh alam semulajadi di mana setiap elemen disertakan dengan penjelasan. Pembungkusan baharu ini diperbuat daripada bahan kitar semula, dan boleh dikitar semula sepenuhnya.” – Encik Lim Seng Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer

Spritzer Launch Event

Spritzer ialah jenama air mineral pertama di Malaysia dengan pengiktirafan peringkat antarabangsa. Pengiktirafan ini diteruskan dengan kejayaan memasuki pasaran utama seperti United Kingdom, Belanda, China, Hong Kong dan Korea Selatan.

Spritzer berhasrat memperluaskan pasarannya melalui pengeluaran botol ikonik baharu ini yang akan membantu dalam mengukuhkan kedudukan jenamanya di peringkat antarabangsa.

Spritzer telah menerima banyak pengiktirafan dan anugerah selama ini, termasuk Superior Taste Award oleh International Taste Institute dan merupakan air mineral pertama yang memenangi Diamond Taste Award di Malaysia. Anugerah lain termasuk anugerah platinum Reader's Digest's Trusted Brands 2022 selama 21 tahun berturut turut.

Pelancaran itu turut dihadiri oleh duta Spritzer, penyanyi dan pelakon terkenal Ayda Jebat dan Meerqeen.

Spritzer ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna atas sokongan dan kesetiaan mereka selama ini kerana merekalah yang telah menjadi pendorong utama kepada Syarikat untuk terus berusaha sepanjang dekad bagi memastikan air mineral semulajadinya berkualiti tinggi dan mencapai masa hadapan yang lebih baik serta lebih lestari.

Perihal Spritzer Bhd

Kumpulan Syarikat Spritzer terdiri daripada sejumlah lapan anak syarikat perniagaan, yang mengkhusus dalam pembuatan dan pengedaran air mineral semula jadi, air mineral semula jadi yang berkarbonat, air minuman suling, minuman berperisa buah-buahan tidak berkarbonat dan minuman berperisa buah-buahan.

Syarikat ini telah beroperasi selama lebih 30 tahun, dan merupakan pengeluar air botol terbesar di negara ini dan satu-satunya tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.spritzer.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Spritzer Melancarkan Botol Ikonik Baharu Air Mineral Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *