December 3, 2024

IOI Properties Group Anjur 2 Sambutan Tahun Baru 2024

IOI City Mall 2024

Sebagai permulaan yang meriah untuk 2024, IOI Properties Group telah menganjurkan bukan satu, tetapi dua sambutan Tahun Baharu serentak di IOI City Mall, Putrajaya dan IOI Mall Puchong.

Kedua-dua acara yang dianjurkan dengan kerjasama Astro Radio telah memeriahkan peralihan ke tahun baharu. Menampilkan pelbagai persembahan pentas oleh artis tempatan, pilihan makanan yang lazat dari trak makanan, dan pelbagai aktiviti sampingan, sambutan Tahun Baharu tersebut diraikan dengan rasa optimis dan ceria bersama.

Berikutan kejayaan pesta kira detik tahun lepas, IOI Properties Group menyemarakkan lagi sambutan kali ini dengan menjalinkan kerjasama Astro Radio. Kehadiran personaliti radio dari stesen HITZ, ERA, MY dan GOXUAN yang menjadi hos, sambil menghiburkan penonton dengan keletah mereka, telah menambahkan lagi keterujaan sepanjang malam sambutan itu.

Di IOI City Mall, Putrajaya, acara ekstravaganza itu telah bermula pada jam 6 petang di Symphony East dengan pemberian hadiah kepada pengunjung – diselingi dengan persembahan api – untuk menambahkan keterujaan dalam kalangan orang ramai.

Tambahan pula, pentas dihidupkan dengan pelbagai persembahan muzik oleh bintang-bintang tempatan terkemuka, termasuk Gary Chaw, Misha Omar, Amir Masdi, Ara Johari, Haqiem Rusli, Asyraf Nasir, Yonnyboii, Midnight Fusic dan FS (Fuying & Sam).

Para penonton juga turut disajikan dengan penampilan istimewa oleh finalis muda dari "The Chosen One", sebuah pertandingan nyanyian realiti yang popular untuk mencungkil bakat baharu.

IOI Properties Group Starts 2024 On A High Note

Sementara itu, pentas di tempat letak kereta terbuka IOI Mall Puchong menyaksikan persembahan barisan artis yang sama hebat seperti Jeryl Lee, Jestinna Kuan, Perry Kuan, Nicole Lai, Jie Ying, Juztin Lan, Joe Chang, Jasmine Chang, Danial Wong, Jack Yap, dan Te3n Official.

Persembahan malam tersebut telah dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian yang hebat daripada finalis "Battleground Malaysia: Road to Gold", pertandingan tarian jalanan terbesar di Malaysia.

Selain daripada persembahan muzikal dan tarian, suasana sambutan di kedua-dua lokasi dihangatkan lagi ala karnival dengan pelbagai aktiviti dan trak makanan. Segalanya tersedia untuk semua termasuk kanak-kanak yang turut dihiburkan dengan penampilan maskot daripada rancangan kegemaran mereka.

IOI City Mall 2023 Firework

IOI Puchong 2024 Firework

Apabila tiba detik dua belas tengah malam, pemandangan langit di kedua-dua IOI City Mall dan IOI Mall Puchong disinari percikan bunga api pelbagai warna yang memukau sebagai kemuncak sambutan ambang Tahun Baharu yang hebat.

Dengan pelbagai persembahan dan pengalaman yang ditawarkan, serta kehadiran pengunjung yang bersemangat, kedua-dua sambutan Tahun Baharu IOI merupakan satu kejayaan yang membanggakan.

Untuk mengikuti acara menarik lain yang akan datang, sila layari laman media sosial IOI City Mall di https://www.instagram.com/ioicitymallmy/ atau IOI Mall Puchong di https://www.instagram.com/ioimallpuchong/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *