October 9, 2024

Misi ‘Raya Puaka’ Bersama Yoodo

Misi Raya Puaka Yoodo

Yoodo memeriahkan sambutan raya dengan kempen ‘Raya Puaka”. 150 Hadiah Menarik Termasuk Samsung Galaxy S22 Ultra, iPhone 13 dan Nintendo Switch Menanti Pemenang Bertuah.

Yoodo meraikan ketibaan Raya yang pastinya bakal disambut dengan meriah, dengan menwarkan pelbagai hadiah menarik disepanjang bulan Ramadan sehingga Syawal.

Pengguna berpeluang untuk memenangi memenangi ganjaran hebat melalui peraduan di mana peserta perlu mengumpul markah tertinggi.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kempen ‘Raya Puaka’ untuk musim perayaan, ia menyeronokkan, kreatif dan menarik – sama seperti Yoodo! Memandangkan ini adalah Raya pertama di mana rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke kampung, pastinya sambutan tahun ini lebih istimewa.

Kami tidak sabar untuk memberikan ganjaran kepada pengguna dengan hadiah lumayan melalui kempen gamifikasi ‘Misi Raya Puaka’. Ia direka untuk menyemarakkan rasa setiakawan, sambil kita bersama-sama orang tersayang pada Raya ini.” – Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

Peserta peraduan ini perlu melalui empat ‘misi’ untuk mengumpul sebanyak mata yang mungkin dari sekarang sehingga 31 Mei 2022, untuk memenangi peraduan Hadiah Utama di mana pemenang akan diberi ganjaran termasuk sebuah Samsung Galaxy Extra S22 Ultra, iPhone 13 dan Nintendo Switch.

Selain itu, 100 peserta pertama yang memperoleh 10 mata akan memenangi kredit e-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM30 melalui peraduan Early Bird yang berlangsung sehingga 8 Mei 2022.

Misi 1 Raya Puaka Yoodo

Untuk misi pertama perserta perlu mengaktifkan talian Yoodo baharu, atau pindah masuk (port-in) daripada syarikat telekomunikasi lain.

Untuk pengguna sedia ada, mereka perlu mengaktifkan talian Yoodo tambahan, atau memindah masuk talian tambahan.

Yoodo Hantu Fast Hantu Furious

Setelah selesai dengan misi pertama, peserta akan meneruskan ‘perjalanan’ ke misi kedua – Permainan Mini bertajuk ‘Hantu Fast, Hantu Furious.’

Permainan ini mencabar pengguna untuk mengumpul sebanyak mungkin ‘Duit Raya’, sambil mengelak hantu yang muncul sepanjang permainan. Tahap kesukaran meningkat apabila pengguna semakin maju, menjadikan pengumpulan Duit Raya lebih mencabar.

Yoodo Raya Puaka Misi

Dalam misi tiga, peserta akan memperolehi mata untuk sebarang pembelian Add-On Booster. Lebih banyak pembelian Add-On Booster akan memberi pengguna lebih banyak mata. Setiap pembelian Add-On Booster RM1 dan RM3 akan dianugerahkan dengan 1 mata manakala Add-On Booster untuk penstriman berharga RM7 akan memberi peserta 2 mata untuk setiap pembelian.

Untuk misi yang terakhir, peserta perlu merujuk ahli keluarga dan rakan-rakna mereka untuk mengaktifkan talian Yoodo, untuk ganjaran 3 mata.

Tunggu apa lagi? Sertailah kempen ‘Misi Raya Puaka’ untuk memenangi hadiah yang pasti akan menambah kemeriahan Raya anda tahun ini.

Untuk butiran lanjut tentang kempen, sila layari https://www.yoodo.com.my/rayapuaka/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *