June 27, 2025

Terlepas Tarikh Vaksin? Boleh Walk-In ke PPV Axiata Arena, Bukit Jalil

Vaksin Axiata Arena Bukit Jalil

Setelah sebulan masih belum dapat tarikh baru untuk vaksin bagi 2nd dose. Maka hari ini, Bro memilih untuk walk-in ke Pusat Pemberian Vaksin di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kalau ikutkan, 2nd dose Bro pada penghujung bulan Julai. Tapi Bro tak boleh nak ambil sebab dapat arahan kena kuarantin dirumah disebabkan oleh kontak rapat.

Tunggu punya tunggu. Dah masuk bulan September dan Bro masih belum dapat tarikh baru untuk 2nd dose.

Tak banyak tempat ditawarkan vaksin Pfizer dan boleh walk-in. Bila ditanya dalam group facebook, ada yang bagitau hanya ada 2 tempat sahaja yang tawar vaksin Pfizer yang boleh walk-in.

Kenapa Pfizer? tak boleh ke ambil vaksin lain?

Ada juga yang tanya soalan ini dekat Bro. Boleh je nak ambil vaksin lain sekiranya belum pernah di vaksin. Masalah sekarang, Bro dah selesai 1st vaksin. Waktu itu dapat Pfizer, tak kan untuk 2nd dose nak ambil vaksin lain pula kan.

Kemudian, Bro dapat maklumat dimana Pusat Pemberian Vaksin di Axiata Arena, Bukit Jalil tawarkan vaksin secara walk-in dan bukan fokus pada 1 jenis vaksin sahaja.

Senarai PPV yang akan ditutup pada Bulan September 2021

Pusat Pemberian Vaksin Ditutup September 2021

Ini senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan ditutup pada bulan September 2021. Bukan Ogos 2021 tempoh hari pun banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah ditutup.

Bagi korang yang merupakan warga negara Malaysia (Mykad Biru) tapi masih belum divaksin dan belum dapat tarikh untuk temujanji. Apa kata korang walk-in sahaja ke PPV Axiata Arena, Bukit Jalil. Atau ke PPV berdekatan anda yang boleh terima temujanji secara walk-in (kena ingat, tak semua tempat boleh walk-in).

Yang terlepas Second Dose pun boleh walk-in dekat sini. Cuma ada sedikit masalah dari segi sijil digital vaksinani.

Disebabkan 2nd dose dekat lokasi yang berbeza dengan 1st dose. Maka sijil digital vaksinasi hanya akan dikemaskini pada aplikasi MySejahtera dalam tempoh 15-30 hari selepas selesai 2nd dose.

Untuk Makluman, Bagi mereka yang bukan warganegara. Untuk First Dose, TIDAK BOLEH Walk-In . Sila tunggu temujanji di aplikasi Mysejahtera .

Nota Kaki : Waktu Bro vaksin, tak ramai orang datang ke PPV Axiata Arena, Bukit Jalil. Maka, korang jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan vaksin anda.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Terlepas Tarikh Vaksin? Boleh Walk-In ke PPV Axiata Arena, Bukit Jalil

  1. Alhamdulillah. Tahniah. Semoga kita semua mencapai Kelompok Immuniti. Semoga kita semua berjaya mencapai sasarannya. Insyallah amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *