10,000 Tiket Coway Run 2021: Run for Your Region telah habis dijual dalam masa 24 jam selepas pelancaran.
Larian maya ini dibuka untuk pendaftaran pada 21 Ogos, dan kesemua 10,000 tiket yang ditawarkan habis dibeli oleh pelari yang bersemangat untuk menyertai larian ini.
Ini membuktikan minat rakyat Malaysia terhadap gaya hidup sihat dan menandakan kejayaan besar dalam sejarah Coway Run!
Bagi mereka yang belum mendapatkan tiket tidak perlu bimbang kerana tiket tambahan untuk acara ini akan disediakan tidak lama lagi.
“Untuk Coway Run tahun ini, kami meningkatkan pengeluaran tiket kami berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana kami mahu menggalakkan lebih ramai orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil masih dapat berhubung dengan satu sama lain secara selamat, walaupun di bawah perintah kawalan pergerakan.
Kami akan menyediakan tiket tambahan dengan segera supaya lebih ramai orang boleh menyertai larian maya ini,” – Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.
Dianjurkan oleh Coway Malaysia, Coway Run 2021 ialah larian maya antara wilayah yang menggabungkan keseronokan, kehidupan yang sihat, dan semangat komuniti dalam satu acara yang menarik.
Bermula dari 23 September sehingga 23 Oktober, larian selama sebulan ini membolehkan para peserta berlari di mana sahaja dan pada bila-bila masa — selagi mereka terus bersemangat untuk mencatatkan kilometer tersebut.
Larian tahun ini akan menyaksikan para peserta bekerjasama mengikut wilayah (Utara, Sentral, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur) untuk pertandingan persahabatan di seluruh negara. Di dalam pasukan mereka, pelari digalakkan untuk mengumpul sebanyak kilometer yang mungkin — pasukan dengan jarak purata tertinggi dari setiap orang akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Pertandingan antara wilayah ini memberi peluang terbaik untuk pelari menunjukkan semangat kesukanan dan keupayaan mereka mewakili negeri dan wilayah masing-masing sambil bersama-sama berkongsi pengalaman larian dengan peserta dari seluruh negara.
Seperti tahun-tahun lepas, untuk setiap tiket yang dijual, Coway akan menyumbang RM10 kepada Happy Water Project, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membekalkan air bersih kepada masyarakat Orang Asli yang memerlukan di seluruh negara.
Larian maya ini juga telah menetapkan sasaran di seluruh negara untuk para peserta mencapai 200,000KM secara kolektif. Apabila para peserta mencapai kejayaan ini, Coway Malaysia akan menyumbang sejumlah RM200,000 kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – EcoKnights, MERCY Malaysia dan Reef Check Malaysia.
Memandangkan sambutan dan penyertaan yang luar biasa, tiket tambahan akan dikeluarkan tidak lama lagi, bermula dari harga RM49 setiap satu. Setiap peserta akan menerima kit larian Coway Run bernilai lebih daripada RM300.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mengambil bahagian dalam larian maya ini. Untuk maklumat lanjut mengenai larian ini dan berita penjualan tiket tambahan, sila layari: www.cowayrun.com.my