Alhamdulillah, berkesempatan bawa anak untuk mendapatkan vaksin dibawah PICKids – Program vaksinasi kanak-kanak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil.
Bro sekeluarga cuba berikan yang terbaik buat anak-anak.
Tengok ramai juga ibubapa yang hadir untuk dapatkan vaksin untuk anak-anak mereka. Kebanyakan bukan sebangsa dengan Bro.
Kita ikhtiar apa yang termampu, selebihnya kita serahkan kepadaNya.
PICKids – Program vaksinasi kanak-kanak
Untuk pengetahuan anda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022.
Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan.
PICKids – Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama.
Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.
Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera telah mula dibuka pada penghujung Januari 2022. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka.
Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu.
Info lanjut, anda boleh layari – https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids
Ikutkan, tarikh untuk booster lambat lagi.
Tetapi dah alang-alang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, kita reschedule balik temujanji untuk vaksin booster dekat MySejahtera Helpdesk yang disediakan di sana.
Memang banyak membantu, proses untuk tak ambil masa yang lama. Sesuai sangat bagi mereka yang walk-in untuk mengambil vaksin pengalak (booster) mahupun vaksin untuk kanak-kanak.
Alhamdulilah, anak-anak Bro dah vaksin..moga kekal sihat dan sentiasa dilindungi dan di jauhkan dari wabak Omicron ni…