December 6, 2024

foodpanda Malaysia Beri Ganjaran Kepada Rakan Penghantar Dengan Panda League

Rewards Delivery Partners with Panda League

foodpanda Malaysia mengumumkan para pemenang Panda League, program kesetiaan dan ganjaran untuk mengiktiraf prestasi terbaik rakan penghantar.

Program ini yang telah dilancarkan pada suku terakhir tahun 2021 adalah untuk mengiktiraf rakan penghantar atas komitmen dan kerja keras mereka dalam menyampaikan kegembiraan kepada para pelanggan.

Panda League membolehkan rakan penghantar memperoleh mata dengan setiap pesanan yang dibuat. Ini melayakkan mereka untuk menebus barangan eksklusif setiap bulan dari Rider Shop.

Dengan mata yang dikumpul, rakan penghantar akan dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Diamond, Platinum, Gold, Silver dan Bronze. Sebagai bonus tambahan pada akhir setiap suku tahun, mata mereka akan dikumpulkan dan rakan penghantar yang cemerlang akan menerima salah satu daripada hadiah utama termasuk motosikal, pelbagai jenis gajet dan banyak lagi.

“Melalui program kesetiaan dan ganjaran jangka panjang ini, kami mensasarkan untuk memberi ganjaran kepada rakan penghantar terbaik dan menggalakkan mereka untuk terus berkembang bersama kami.

Kami percaya pengiktirafan dan penghargaan mempunyai potensi besar untuk memberi impak dan kami berharap dapat memotivasikan mereka untuk lebih maju dan mencapai potensi penuh mereka.” – Kelvin Chan, Pengarah Operasi foodpanda.

Pemenang Panda League

Pemenang Panda League

Panda League ialah program kesetiaan dan ganjaran pertama seumpamanya yang diilhamkan oleh foodpanda dan ini menyaksikan penghantar berpeluang memperoleh mata bagi setiap penghantaran yang dibuat untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti motosikal Aveta DY90, telefon pintar Oukitel dan topi keledar Drift Ghost Cam, powerbank Pineng serta fon kepala Bluetooth, baucer Lotus, kad Petron dan banyak lagi.

Sebanyak 258 pemenang telah dipilih di seluruh negara pada suku pertama program ini yang telah berlangsung sepanjang suku terakhir 2021. Disebabkan sambutan yang menggalakkan, kuantiti hadiah untuk rakan penghantaran akan ditambah untuk program ganjaran suku tahunan nanti.

Pemenang suku pertama 2022 akan diumumkan pada bulan April dengan lebih banyak motosikal akan diberikan di samping hadiah-hadiah lain.

Untuk Maklumat lanjut, sila lawat .

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “foodpanda Malaysia Beri Ganjaran Kepada Rakan Penghantar Dengan Panda League

  1. Awesome! Ketika awal PKP 1 dulu kami pernah try amik job jadi penghantar Food Panda ni. Masa tu dari duduk rumah layan sedih dibuang kerja bagus usaha cari duit untuk sara. So far ganjaran amat setimpal dengan kerajinan. Cabarannya hanya satu – karenah pelanggan. Kena pandai tangani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *