Ada peminat Subway tak dekat sini?
Untuk pengetahuan korang, Subway Malaysia telah memperkenalkan sandwic terbaru Rendang Sub yang diinspirasikan dari masakan ikonik tempatan – rendang.
Menu terbaru ini merupakan sandwic pertama Subway yang menampilkan citarasa unik masakan popular Malaysia.
Sandwic rendang ini diperbuat dari bahan-bahan segar dan menyihatkan, boleh didapati dalam dua jenis pilihan iaitu rendang ayam atau daging.
10,000 Sandwic Percuma Untuk Barisan Hadapan
Sempena dengan pelancaran sandwic terbaru Rendang Sub ini juga, Subway Malaysia ingin menunjukkan penghargaan dan sokongan terhadap barisan hadapan.
Subway Malaysia amat menghargai pekerja dan sukarelawan yang bertugas di pusat vaksinasi dan kuarantin tanpa memikirkan penat lelah selama ini.
Oleh yang demikian, Subway Malaysia berhasrat untuk menyumbangkan 10,000 sandwic percuma kepada barisan hadapan dan sukarelawan.
“Berikutan kejayaan dalam kempen Ramadan tahun lalu di mana kami telah menyumbangkan 10,000 sandwic kepada barisan hadapan, para gelandangan dan mereka yang memerlukan, Subway Malaysia sekali lagi ingin mengulanginya kali ini dengan melahirkan penghargaan kami kepada mereka”, – Samad Shariff, Pengarah Subway Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau.
Nak Menang Baucar Foodpanda RM100?
Di samping itu, sempena dengan pelancaran Rendang Sub ini juga, mereka yang tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut berpeluang untuk memenangi baucar Foodpanda bernilai RM100 bermula dari 7 Julai hingga 24 Ogos 2021.
Untuk mendapat peluang memenangi baucar ini, peserta hanya perlu mengikuti 2 langkah mudah berikut.
1 – Kongsi video lagu “Rendang Nation Anthem” nyanyian Zee Avi, NYK, Shak dan Haneri yang terdapat di Facebook rasmi Subway Malaysia.
2 – Tinggalkan komen “Bagaimana rendang dapat menyatukan kita semua”.
Baucar bernilai RM50,000 akan dikongsi bersama 500 peserta dengan kapsyen paling kreatif. Keputusan akan diumumkan di Facebook rasmi Subway Malaysia pada 31 Ogos 2021.
Dapatkan sandwic Rendang Sub dari Subway hari ini melalui khidmat penghantaran makanan atau bawa pulang dari semua restoran Subway di seluruh negara mulai 7 Julai hingga 14 September 2021.
wahh kelihatannya enak itu.. kapan kapan coba ahhh