January 22, 2021

Deliver2Me – Shopping Dari Dalam Kereta Melalui Aplikasi Setel di Kedai Mesra Petronas

Aplikasi Setel

Sebagai pengguna setia Petronas, aplikasi Setel banyak membantu Bro sekeluarga dalam mengurangkan & menjimatkan masa ketika mengisi minyak di Petronas.

Untuk pengetahuan korang, Petronas telah memperkenalkan aplikasi Setel iaitu kaedah e-pembayaran pertama negara yang membolehkan pembelian bahan api (minyak) terus dari telefon pintar anda.

Ia mula diperkenalkan sejak Julai 2018 & Bro antara yang terawal menggunakan aplikasi ini.

Terdapat pelbagai kelebihan menggunakan aplikasi Setel ini, termasuklah;

  1. Anda tidak perlu bersesak untuk beratur di kaunter pembayaran.
  2. Pembelian tidak memerlukan anda menggunakan kad debit atau kredit di pam
  3. Siap dapat extra rebet petrol
  4. Pembelian pembelian pula direkod secara automatik dalam kad Mesra (kena sync kad anda dengan aplikasi)
  5. Resti pembayaran pula akan di emel (untuk mengurangkan penggunaan kertas).
  6. Integrasi kad Mesra dalam Setel yang membolehkan semua transaksi pembelian anda direkodkan

(Gambar aplikasi)

Shopping Sambil Isi Minyak Dengan Deliver2Me di Petronas?

Kini, aplikasi tersebut turut menyertakan fungsi Deliver2Me bagi membantu pengguna seperti Bro & anda untuk mengurangkan & menjimatkan masa membeli belah di kedai Mesra Petronas ketika mengisi minyak.

Tak sangka, waktu isi minyak korang boleh juga shopping serentak hanya menggunakan aplikasi Setel sahaja.

Biar betul?

Menerusi Deliver2Me, pengguna Setel boleh membeli barangan terpilih di rangkaian Kedai Mesra yang mengambil bahagian dan menikmati penghantaran terus barangan tersebut ke kenderaan anda semasa sedang mengisi petrol.

Fungsi Deliver2Me Setel

  1. Anda hanya perlu ke stesen PETRONAS yang mempunyai ciri Deliver2Me dan meletakkan kenderaan di pam petrol.
  2. Dari dalam kereta, anda lancarkan aplikasi Setel dan pilih amaun petrol untuk dibeli.
  3. Seterusnya, anda boleh memilih makanan atau minimum yang tersedia di ciri Deliver2Me.
  4. Kemudian, buat bayaran untuk petrol dan barangan Kedai Mesra yang telah dipilih dan isikan nombor plat kenderaan.
  5. Setelah pam petrol diaktifkan, anda boleh keluar kenderaan dan isi petrol seperti biasa.
  6. Krew PETRONAS akan menghantarkan barangan terus ke kenderaan anda berdasarkan nombor plat yang diberikan

Mudah bukan?

Selepas ini, tiada alasan untuk anda beratur panjang semata-mata untuk membeli barangan di kedai Mesra Petronas sewaktu menunggu minyak habis diisi.

Setel Deliver2Me
Anda boleh lihat Kedai Mesra yang menawarkan perkhidmatan Deliver2Me di SINI. Buat masa ini, hanya 30 Kedai Mesra yang mengambil bahagian (updated : 10 Jan 2020).

Bukan itu sahaja.

Bagi korang yang lebih gemar berbelanja di dalam kedai, aplikasi Setel tutut memperkenalkan sistem tanpa tunai untuk membayar barangan dengan mudah di 800 rangkaian Kedai Mesra yang mengambil bahagian menggunakan Setel Wallet.

Ini sekali gus membolehkan korang membuat pembayaran barangan dengan sentuhan fizikal yang minimum sebagai ciri keselamatan tambahan.

Selain itu, korang bukan sahaja dapat memperoleh mata ganjaran Mesra, malah menebus mata ganjaran terus daripada aplikasi tersebut.

Kini, aplikasi Setel boleh digunakan di lebih 900 stesen Petronas di seluruh negara dan percuma buat pengguna iOS serta Android melalui muat turun di Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Setel & juga promosi berkaitan, sila layari laman web Setel.my atau layari Facebook Setel.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *