Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) merupakan rangkaian terluas bagi liputan 4G LTE di Malaysia merangkumi 50% kawasan berpendudukan di seluruh Malaysia.
Baru-baru ini mereka telah menyatakan bahawa mereka telah mencapai sasaran yang ditetapkan mereka (45% kawasan), serta bercadang melengkapkan lagi 1500 tapak pemancar 4G LTE di seluruh Malaysia.
Ini bertujuan membolehkan lebih ramai pengguna mereka menikmati rangkaian telekomunikasi berkelajuan tinggi.
Sehingga kini, 50% kawasan berpenduduk di Malaysia telah diliputi perkhidmatan 4G LTE mereka manakala rangkaian 3G mereka telah meliputi 87% kawasan di seluruh Malaysia.
Untuk menguji kemampuan liputan Digi 4G LTE,
Bro bersama beberapa rakan blogger, media, Digi Super Users dan wakil dari Digi dipilih untuk menyertai Digi 4G LTE Network test Drive disekitar kawasan Lembah Klang.
Dianggarkan seluas 80% kawasan di Lembah Klang telah diliputi dengan rangkaian 4G LTE. Selepas ini lebih banyak bandar utama (diseluruh Malaysia) akan diliputi 4G LTE.
Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana kami akan dihantar ke kawasan yang berbeza sekitar Lembah Klang untuk menguji capaian liputan Digi 4G LTE.
Ok, ini merupakan ahli dalam kumpulan Bro – Gruesome Greens.
Lokasi pertama yang perlu kami pergi adalah LRT Kelana Jaya dari Digi Telecommunications Headquarters, Subang Hi-Tech, Shah Alam menggunakan kenderaan yang telah disediakan.
Setiap kumpulan diberi satu modem MiFi yang disambung dengan rangkaian Digi 4G LTE. Setiap ahli dikehendaki menghubungkan gajet (telefon pintar, tablet etc) secara Wifi dari modem ini.
Kami dikehendaki menganalisis kelajuan Digi 4G LTE sepanjang perjalanan kami pada setiap check point.
Nampak tak kelajuan internet yang kami nikmati?
Oh lupa pulak, sepanjang perjalanan kami. Kami bukan dok relax je dalam kenderaan sambal usha usha pemandangan kiri kanan.
Ada tugasan yang perlu kami selesaikan untuk memastikan dapat markah yang tinggi dalam setiap tugasan yang diberi. Mana tahu kot-kot menang apa-apa ke nanti.
Antara task yang diberikan :-
- Bergambar dengan emoticon & hantar kepada Game Master menggunakan aplikasi Whatsapp
- Video Call menggunakan Skype dengan Game Master dan selesaikan beberapa soalan dalam masa terpantas untuk mendapatkan lokasi seterusnya.
- Teka tajuk lagu & penyanyi melalui lagu yang telah diubahsuai kemudian cari melalui aplikasi “Digi Music Freedom”. Screen shot dan hantar kepada Game Master.
- Ambil 10 gambar yang memenuhi 10 tema yang diberikan oleh Game Master dalam tempoh terpantas (gambar orang melambai dari kereta, kereta warna kuning, ais krim etc)
- Paling sukar, bila kami dikehendaki melakukan “Misi Mustahil”
“Misi Mustahil” bersama Digi 4G LTE
Yup, “Misi Mustahil” atau dalam englishnya Mission Impossible.
Salah seorang dari kami dikehendaki menghidangkan minuman kepada salah seorang pelangan di café yang merupakan salah satu lokasi perhentian kami.
Bagaimanapun, mata beliau akan ditutup.
Pada badannya dipasang telefon berkamera untuk memudahkan kami didalam kereta melihat apa yang ada didepan beliau.
Kami melakukan video call dengan menggunakan capaian rangkaian Digi 4G LTE dimana kami perlu bagi arahan apa yang beliau perlu lakukan.
Sama ada ke kanan, kiri, depan atau kebelakang sambil melihat sekeliling dimana pelangan yang dimaksudkan untuk kami hidangkan minuman.
Yeahhh…!!
Kami berjaya lakukannya.
Dengan kualiti video dan audio yang memuaskan tidak menyukarkan kami menyelesaikan misi mustahil ini.
Good Job my team….!!!!
Malangnya, ada satu lagi misi yang perlu kami selesaikan dimana kami dikehendaki meneka 3 jenis makanan yang akan diberikan kepada kami (dengan mata tertutup)
Dan aksi kami akan ditonton oleh Game Master melalui video call menggunakan Skype.
Yeahhhh….!!!
Mudah sangat kot, terutamanya bagi kami.
Selesai sahaja, kami bergegas menuju ke lokasi terakhir yakni di Ruang, Shah Alam.
Ok, ini bukan gambar Bro.
Tapi gambar rakan blogger – Hafiz Rahim yang merupakan ahli bagi kumpulan yang ke-5 tiba ke lokasi ini. Dan kumpulan Bro pulak, merupakan kumpulan yang ke-3 tiba.
Ingatkan cabaran telah tamat,
Rupanya ada satu lagi cabaran di mana kami dikehendaki memuat turun aplikasi ‘Bowling King’ yakni permainan bowling secara online.
Sambil menunggu semua kumpulan tiba, kami dikehendaki bermain dan mendapatkan score tertinggi untuk memenangi sebuah iPod Shuffle.
3 buah iPod Shuffle akan diberikan kepada 3 pemainan yang mendapat markah tertinggi.
Alhamdulillah, Bro salah seorang pemenang yang memenangi iPod Shuffle dengan mendapat markah tertinggi dalam permaianan online ‘Bowling King’. Antara pemenang yang lain adalah
- Bro Framestone
- Hafiz Rahim
- Tekong (CEO Amanz.my)
Memang puas hati dengan kelajuan liputan Digi 4G LTE sewaktu bermain pemainan online ini. Tidak hang dan lancar sahaja kelajuan dia.
Kini tiba saat yang dinantikan
,
Kumpulan yang mana yang berjaya menyelesaikan kesemua misi dalam masa terpantas dengan jumlah markah tertinggi.
Tengok gambar dibawah sudah tahu siapa yang menang kan.
Terima kasih Digi untuk peluang ini dan juga Digi 4G LTE yang banyak membantu kami untuk menang cabaran yang diberikan.
Terima kasih juga untuk hadiah Honor 6 ini.
Untuk info lanjut mengenai Digi 4G LTE anda boleh layari www.digi.my/4GLTE
Apa yang penting adalah liputan untuk mana-mana Telco. Setakat ini ada 2 Telco yang aktif digunakan kerana masalah liputan. :)
wahh… Tanjung Malim ok tak line Digi?
Ada beberapa lokasi agak kurang liputannya….
alhamdulillah setiap usaha pasti berhasil…boleh tahan cabarannya…
murah rezeki bro.