Beras Jasmine Super5 Special merupakan Beras Super Import menjadi pilihan Bro dan keluarga sejak dulu lagi.
Mungkin sebab terpengaruh dengan iklan Dato’ Jalaluddin Hassan di dalam tv menyebabkan kami menjadi ianya sebagai pilihan kami sekeluarga.
Kuat betul pengaruh iklannya.
Siapa masih ingat iklan Beras Jasmine Super 5 dimana Dato’ Jalaluddin Hassan jadi dutanya?
Asam Pedas Ikan Pari Bersama Beras Jasmine Super 5 Special
Untuk pengetahuan korang semua.
Bro seorang peminat Asam Pedas Ikan Pari dan ianya sedap dimakan bersama nasi putih yang panas.
Beras Jasmine Super 5 Special pula merupakan beras yang paling sesuai untuk digunakan seisi keluarga terutama untuk nasi putih, nasi lemak mahupun nasi goreng.
Kurang nikmat pula bila menikmati Asam Pedas Ikan Pari tanpa Beras Jasmine Super 5 Special.
Kenapa?
Sebab berasnya cantik bila dimasak dan tidak lembik sampai tak nampak butir-butir nasinya. Sehinggakan Puan Isteri memuji nasi yang Bro masak menggunakan Beras Jasmine Super 5 Special.
Bangga sat.
Bukan senang puan isteri nak puji suaminya. Maka sejak kahwin hingga sekarang memang Bro seorang sahaja yang memasak nasi di rumah.
Kalau bukan sebab Beras Jasmine Super 5 Special, rasanya Bro tak layak dinorbatkan sebagai chef di rumah he…23x
Eh kenapa Puan Isteri memegang perutnya?
Dia tengah mengandung anak ke-2 kami. Tak sabar waktu ini nak jadi ayah lagi sekali he…23x
Ok, sayang dia.
Terima kasih untuk makan malam kita kali ini – Asam Pedas Ikan Pari. Memang enak dinikmati bersama Beras Jasmine Super 5 Special.
Untuk maklumat lanjut tentang Beras Jasmin Super 5 Special dan beras yang lain, anda boleh layari www.jasmine.com.my
sy mmg mkn beras ni sbb tiap2 bln dpt free :)
Wow….!!! Dapat FREE tue…. nak juga
mmg smua staff dpt tiap2 bln..kata keje BERNAS :)
Memang jenama beras pilihan kami sekeluarga.
Kadangkala je beli, sebb kat tempat aku ni ada jenama sendiri .. al maklumlah daerah kerian ni jelapang padi perak .. ada beras cap langsat .. sedap juga, lepas tu murah .. hoho .. lebih murah dari beras jasmine ni ..
Sesekali je beli jasmine yang ada corak ketupat tu.