February 25, 2021

Perkenalkan Tshirt Terkini Bro Framestone Edisi 2021

Tshirt Bro Framestone Edisi 2021
Selamat tahun baru 2021.

Pejam celik, pejam celik… cepat benar tahun 2020 berlalu. Laju sangat, sampai tak sedar masa berlalu terlalu pantas.

Rasa macam tak banyak benda sempat dibuat pada tahun 2020, tau-tau dah masuk tahun 2021 sudah.

So apa azam tahun baru korang?

Tahun ini, Bro ingin memperkenalkan tshirt terbaru Bro Framestone edisi 2021 (bajet macam fesyen designer promote rekaan sendiri pula) Hahaha.

Sebenarnya.

Tshirt Bro Framestone yang terdahulu wujud sejak tahun 2016 dengan cetakkan kedua pada tahun 2017. So, Bro rasa macam nak come up dengan tshirt terbaru. Maka terhasilnya tshirt kali ini.

Makan Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop

Masih ditempah melalui kenalan yang sama.

Sebabnya, dia punya design yang simple dan kadangkala kena dengan citarasa Bro. Lagipun tak sukar pun nak berurusan dengan beliau. Janji waktu itu, dia tak busy la kan.

Harga dia pun ok, termasuk upah design & juga penghantaran.

Buat masa ini, Bro hanya sempat bergambar bersama Tshirt Bro Framestone edisi 2021 yang berwarna hitam.

Warna lain seperti Merah, Jingga & Putih… Lek lu…

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *