September 9, 2024

Berbaloi Makan Subway® Meat Stack Dengan Lebihan 4 Jenis Daging

Menu Terbaru Subway Meat Stack
Subways Malaysia memperkenalkan menu terbaru mereka, yakni Subway® Meat Stack bagi tempoh masa terhad hingga 5 Januari 2021.

Menu ini diperkenalkan bagi meraikan pelanggan mereka dengan menyediakan menu yang tampil dengan banyak daging yang dapat dinikmati bila masa sahaja.

Subway® Meat Stack Sub dihidangkan bersama dengan empat jenis daging – potongan ayam, pepperoni, hirisan daging dan hirisan ayam – yang boleh digabungkan dengan bahan-bahan segar yang boleh disesuaikan seperti sayur campur, selada, tomato, timun, lada hijau, bawang, jalapenos, acar dan keju cheddar, untuk mencipta sandwic daging yang menyelerakan.

Sandwic edisi terhad ini dicipta untuk meraikan dan menggembirakan rakyat Malaysia dengan kuantiti makanan yang lebih besar / banyak, berbaloi dengan nilai setiap ringgit yang anda dibelanjakan.

Buat Meat Stack Anda Sendiri dan menangi Baucar Subway Bernilai RM500

Subway Meat Stack Sub

Bagi meraikan pelancaran Meat Stack, Subway Malaysia akan mengadakan tiga sesi Facebook Live dengan rakan Subway – pelakon Izzue Islam, penyiar radio MYFM, Emely Poon dan hos TV, Mark O’dea pada 3, 8 dan 10 Oktober 2020.

Sebagai peminat Subway, anda dijemput untuk menonton rakan Subway membuat sub Meat Stack mereka sendiri secara LIVE dan berpeluang untuk membawa pulang baucar Subway bernilai sehingga RM500.

Anda boleh menonton di Facebook Subway Malaysia.

Anda juga dijemput untuk menikmati Subway® Meat Stack yang baru dan berkongsi pengalaman anda di media sosial dengan hashtags #subwayisfresh #subwaymeatstack.

Subway® Meat Stack boleh didapati disemua cawangan Subway® sama ada dine-in atau bawa pulang. Anda juga boleh memesan melalui khidmat penghantaran Foodpanda and GrabFood.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.subwayisfresh.com.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Berbaloi Makan Subway® Meat Stack Dengan Lebihan 4 Jenis Daging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *