June 27, 2025

Jom Bercuti Bersama Hot Wheels dan Barbie di Lost World of Tambun, Ipoh

Hot Wheels dan Barbie Lost World of Tambun
Apa perancangan korang sekeluarga pada cuti sekolah ini?

Jom ramai-ramai kita bercuti bersama Hot Wheels dan Barbie di Sunway Lost World of Tambun, Ipoh dari 23 November sehingga 31 Disember 2019.

Pasti ia menjadi mengembirakan cuti sekolah anak anda.

Sebelum korang baca artikle ini hingga habis, jom lihat dahulu apa promosi yang sedang berlangsung di Lost World of Tambun : https://sunwaylostworldoftambun.com/promotions/

Barbie – “You Can Be Anything”

Barbie – You Can Be Anything

Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis & Sunway Lost World of Tambun merupakan salah satu lokasi jelajah mereka.

Kini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi tanpa batasan kepada setiap gadis terutamanya si cilik anda.

Di Lost World Of Tambun, anda berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan mengikut kerjaya yang anda impikan.

Barbie Lost World of Tambun

Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu.

Anak anda pasti akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Apa salahnya, jika sekali sekala personakan anak-anak anda dengan ruang seni dan almari Barbie Khas buat mereka.

Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!

Minum Petang Bersama Barbie
Pengunjung berpeluang untuk minum petang berama Barbie

Hot Wheels – Challenge Accepted

Hot Wheels – Challenge Accepted
Fisha tak sabar nak sertai Hot Wheels – Challenge Accepted

Perhatian kepada adik-adik yang suka berlumba, ada cabaran baru untuk anda!

Lost World Of Tambun telah membina trek lumba Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Adik-adik boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari.

Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.

Menarik bukan?

Hotwheels Challenge Accepted Championship 2019

Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama telah diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dari seluruh pelusuk dunia sempena menyambut 50 tahun ulang tahun Hot Wheels.

Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’.

Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur” – Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.

Tiket Masuk Serendah RM77 (MyKad Rate)

Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie yang akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019.

Kid Promo RM77 Lost World of Tambun

Family Party Combo RM295 Lost World of Tambun

Anda boleh mendapatkan akses ke acara eksklusif ini pada harga RM 77 (MyKad rate) serta mendapat barangan premium secara PERCUMA dengan pembelian 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.

Nak lebih jimat, boleh ambil Family Play Party Combo pada harga RM295 (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark dan aktiviti terbarunya, anda boleh layari www.sunwaylostworldoftambun.com.

Luminous Forest @ Lost World of Tambun

Luminous Forest Lost World of Tambun
Kalau datang ke Lost World of Tambun waktu malam.

Jangan lepaskan peluang ke Luminous Forest untuk merasai pengalaman seperti berada didunia yang berbeza.

Hutan yang gelap ini dihiasi dengan lampu-lampu dalam pelbagai bentuk antaranya lampu rama-rama, periuk kera, bunga, tangga bercorak dengan warna-warni lampu nion membuatkan pengunjung yang datang terpukau dengan keindahan panorama di waktu malam.

So, elok luangkan lebih masa disini bersama keluarga sebelum berendam dalam kolam air panas yang mampu memberi kesegaran kepada badan anda setelah seharian bekerja.

Sunway Lost World Hote

Datang dari jauh?

Jangan risau, anda boleh juga bermalam di Sunway Lost World Hotel seperti kami sekeluarga. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Lost World of Tambun.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *