Kini, anda boleh menikmati hiburan terbaik dengan Astro Ultra Box yang telah dilancarkan baru-baru ini..
Pengalaman Ultra ini merangkumi ciri-ciri seperti 4K UHD, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’), paparan pengguna baharu yang lancar ditawarkan kesemua peranti, cadangan kandungan yang diperkukuhkan mengikut padanan tontonan, fungsi ‘play from start’ dan keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak.
Kesemua ciri-ciri ini boleh didapati melalui Ultra box baharu dan Astro GO. Selain itu, Ultra Box juga membolehkan peminat sukan untuk menikmati UEFA EURO 2020, Liga Perdana, Formula 1 dan La Liga dengan pengalaman 4K UHD pertama di Malaysia.
BACA : Majlis Pelancaran Astro Ultra Box
Untuk pengetahuan anda,
Ultra Box menggunakan teknologi sistem hibrid dan capaian internet. Satelit pula memancarkan kualiti terbaik 4K. Sambungan Ultra Box ke internet membolehkan interaksi dan keupayaan untuk menyalurkan kandungan pada bila-bila masa mengikut permintaan. Astro turut menawarkan hiburan yang menarik dan pakej jalur lebar.
Dengan kelancaran dan pelarasan paparan pada kedua-dua Ultra Box dan Astro GO, pelanggan dapat menikmati pengalaman tontonan yang dipertingkatkan seperti berikut:
Astro Cloud Recording: Boleh didapati melalui Ultra Box baharu dan Astro GO. Ini bermakna, pelanggan boleh merakam pelbagai program secara serentak melalui Ultra Box atau menerusi Astro GO dan simpan di Astro Cloud yang boleh diakses pada mana-mana peranti dan pada bila-bila masa.
Pelanggan diberikan 200 jam penyimpanan HD secara percuma dan boleh ditambah sehingga 1500 jam pada harga RM15 sebulan.
Play from Start: Kelebihan buat penonton – jika anda berada pertengahan program, klik butang restart untuk menonton semula program dari awal.
New Home Screen: Membolehkan carian kandungan dengan lebih mudah. Semua program yang dipaparkan tersedia untuk ditonton tanpa dikenakan bayaran kecuali program yang dipaparkan di stor (Store).
Discover and Stream VOD: Sambungkan Ultra Box ke internet dan nikmati lebih 50,000 video on demand di rumah atau melalui Astro GO.
Search: Carian mudah untuk kandungan dari katalog yang merangkumi siri TV, filem, program kanak- kanak, kandungan langsung dan rakaman anda sendiri. Cari mengikut padanan tajuk program, pelakon, pengarah dan juga saluran.
Multi-screen and Stop Here, Continue There: Hentikan program pada satu peranti dan sambung semula program anda di peranti lain.
Naik Taraf Percuma kepada Pelanggan dengan langganan RM100 ke atas
Pelanggan dengan langganan bulanan sebanyak RM100 dan ke atas boleh menaik taraf secara percuma. Pelanggan perlu menyambungkan Ultra Box ke internet untuk menikmati lebih daripada 50,000 video on demand, cloud recording dan faedah lain.
Untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan TV 4K yang bersesuaian.
Menerusi kotak TV terkini Ultra Box, pengguna boleh menonton kandungan resolusi 4K UHD menerusi saluran 780. Kandungan filem terpilih juga akan ditawarkan pada resolusi ini menerusi saluran Astro Best 481.
Kos menukar ke kotak TV baru adalah percuma bagi pelanggan dengan pakej RM100 dan ke atas. Bayaran RM199 pula akan dikenakan bagi pelanggan dengan pakej di bawah RM100. Tetapi pada waktu yang sama kontrak mereka akan disambung selama 24 bulan lagi pasca penaiktarafan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 7490 8000 atau layari www.astro.com.my/ultra
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter