Baru-baru ini, Bro berkesempatan menyertai Don’t Leave Home Without It! Workshop yang berlangsung di REX KL.
Dimana, workshop ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman menggunakan peranti Samsung Galaxy Note10|10+ sempena kempen #iChanged dari Samsung Malaysia.
Peserta berpeluang belajar dari jurugambar fesyen dan komersial, Michael Yeoh dan ilustrator profesional, Marianne Tan tentang bagaimana mereka berkarya daripada Samsung Galaxy Note10 | 10+ mereka.
Workshop ini dibahagi kepada tiga sesi untuk pembelajaran mengenai fotografi dan videografi pro-gred, AR Doodle dan aplikasi Google.
Menjadi bahan uji ujian kepada Michael Yeoh untuk sesi fotografi dan videografi pro-gred dalam Samsung Galaxy Note10|10+ Workshop (Kredit : Max Lim).
Samsung Malaysia memahami betapa pentingnya untuk menangkap semua momen terbaik untuk dikongsi dengan sosial media sama ada di Instagram mahupun vlog di YouTube.
Banyak yang dapat Bro pelajari dari Jurugambar komersial dan fesyen, Michael Yeoh yang berkongsi tip dan demo bagaimana menggunakan ciri kamera yang berbeza bagi meningkatkan kemahiran peserta ketika mengambil gambar mahupun merakam video.
Peserta workshop beraksi bersama SAMSUNG Galaxy Note10+
Boleh dikatakan banyak yang dapat Bro pelajari dalam sesi ini. Lepas ini boleh la ambil gambar mahupun video terbaik untuk di kongsikan di Instagram mahupun di Youtube Bro Framestone.
Sesi seterusnya bersama Illustrator profesional, Marianne Tan.
Beliau berkongsi tip dan panduan kepada peserta untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan membuat lakaran doodle yang ringkas dan comel pada imej yang mereka ambil.
Digabungkan dengan teknologi AR, Peserta menggunakan S Pen, sambil menambah lukisan dan animasi ke mana-mana adegan yang dipaparkan melalui kamera dan membuat kandungan AR mereka sendiri disertakan sentuhan keunikan dan keseronokan dalam video mereka.
Selepas selesai sesi dalam REX KL, kami semua dikehendaki keluar beraksi di sekitar Chinatown.
Berbekalkan peranti SAMSUNG Galaxy Note10+ dan aplikasi Google, para peserta perlu menyelesaikan petunjuk dan menavigasi jalan di sekitar Chinatown untuk mencari dan gambar seni jalan tersembunyi dan tempat ikonik.
Sesuatu yang mencabar fizikal dan mental (walaupun sempat shopping dekat Petaling Street) dan Galaxy Note10 | 10+ terbukti menjadi peranti “Don’t Leave Home Without It!”
Untuk pengetahuan anda,
Samsung Galaxy Note 10+, menggunakan pemproses Exynos 9825 yang dipadankan dengan memori (RAM) 12GB bersama storan sehingga 512GB.
Peranti varian itu menggunakan skrin seluas 6.8 inci AMOLED QHD+ Dinamik bersama teknologi HDR10+ untuk menghasilkan keupayaan warna serta kualiti paparan yang sangat baik walaupun berada di bawah pencahayaan terang.
Menggunakan tetapan tiga lensa bagi kamera utamanya iaitu 12 megapixel (MP) lensa lebar + 16MP lensa sudut ultra lebar + 12MP serta keupayaan 3D TOF untuk melakukan imbasan 3 dimensi.
Barisan Peserta Samsung Galaxy Note10|10+ Workshop
Samsung Galaxy Note 10 dijual pada harga RM3,699 manakala Samsung Galaxy Note 10+ pula akan dijual pada harga RM4,199 bagi model yang mempunyai jumlah storan 256GB dan RM4,799 untuk model 512GB.
Sebagai sebahagian daripada kempen #iChanged, Samsung Malaysia menawarkan 10 promosi pembelian (tertakluk pada terma & syarat) dari sekarang hingga 16 November 2019.
Mana-mana Pelanggan yang membeli satu unit Galaxy S10 | S10 + atau Galaxy Note10 | 10+ akan berhak menerima Galaxy Fit secara PERCUMA bernilai RM369.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen #iChanged dari Samsung Malaysia, anda boleh layari https://www.samsung.com/my/power-of-10/.
***************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Memang berkenan. Baru angkat second Samsung Galaxy Note 4. Berpuas hati bermain dengan Galaxy Note sebab ada S Pen. Senang nak buat editing video dan gambar.
teringin kat phone ni. tapi harganya memang tak ingat lah. dah boleh dapat rog gaming laptop dah tu. atau boleh dapat sebijik gaming pc med end.