September 9, 2024

Barangan Preloved Berkualiti Tinggi & Premium Dari Jepun di J-Hunt, Subang Jaya

Lokasi J-Hunt Aeon Big Subang Jaya
Tak sabar rasanya nak tunggu pembukaan rasmi J-Hunt di Subang Jaya pada 25 Oct 2019 bila hampir setiap hari melihat perkongsian dari laman Instagram mereka menantikan countdown pembukaannya.

Apa yang buat Bro jadi tak sabar?

Untuk pengetahuan korang, terdapat pelbagai barangan preloved dan juga premium dari Jepun ada boleh korang dapati di J-Hunt yang kini telah dibuka di tingkat 2, AEON Big Subang Jaya.

J-Hunt,menawarkan 4 jenis pilihan barangan dari Jepun seperti barangan preloved, barangan baru yang berjenama, barangan premium serta barangan istimewa untuk kolektor.

Harga yang ditawarkan juga cukup-cukup menarik.

Action Figure Zaku J-Hunt

Apa macam? Harga yang ditawarkan di J-Hunt mampu beli kereta sebiji..!!

“Barang barai tp harga neraka” salah satu komen yang Bro terima di Facebook Bro mengenai ‘kedai pesaingan’ yang telah dibuka sebelum J-Hunt.

Korang jangan risau.

Kali pertama Bro ke sini, Bro dah tertarik dengan beberapa barangan yang mereka tawarkan. Ada sesetengah daripadanya, berjenama, berkualiti tetapi dijual pada harga tidak masuk akal.

Sewaktu Bro datang tempoh hari.

Ada seorang pelangan borong handbag hampir 2 bakul, setelah hampir 2 jam memilih satu per satu handbag yang beliau berkenan. Bila ditanyakan sewaktu dia selesai membuat pembayaran, dia kata… “Baru habis RM290”.

Biar betul..!!!

So beliau plan nak datang lagi nanti, tunggu J-Hunt restock handbag baru katanya.

Handbag Hunter JHunt

Ok, ini gambar Puan Isteri. Bukan pelangan yang beli handbag banyak-banyak tadi.

Kalau suruh Puan Isteri yang pilih, mahu dia pohon ‘me-time’ untuk luangkan lebih masa memilih handbag + benda-benda lain yang beliau minat di J-Hunt ini.

Tapi confirm dia akan ber’me-time’ dengan kenkawan dia. Cuma kauta ‘me-time’ tahun ini dah habis digunakan hahaha.

J-Hunt : The Mottainai Store

Korang mesti tertanya-tanya apa bendanya ‘Mottainai’ itu?

“Mottainai” tu bermaksud “To have respect for the resources, not to waste them, and to use them with a sense of gratitude” atau dalam bahasa Melayunya, “Untuk menghormati sumber daya, tidak membuangnya, dan menggunakannya dengan rasa syukur”.

J-Hunt juga menerapkan konsep 3R iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle”. Tapi mereka juga turut menambah satu lagi R iaitu ‘Respect”.

Jom tengok apa yang ada dijual di sini :-

Barangan Premium JHunt Subang Jaya

Japan Anime Action Figure JHunt Subang Jaya

Shopping Di JHunt Subang Jaya

Buat Video & Menang RM3,000 dari J-Hunt The Mottainai Store

Alang-alang korang nak shopping & habiskan masa berjam-jam dekat J-Hunt, apa kata korang sertai pertandingan video yang mereka anjurkan. Mana tahu, RM3,000 menjadi milik korang ke kan.

Apa yang korang perlu buat?

  1. Buat video pengalaman korang shopping di J-Hunt
  2. Muat naik video tersebut ke laman facebook / instagram anda (pastikan akaun anda diset kepada public) dengan kapsyen “I love JHunt because….”
  3. Sertakan hashtag #JHuntLagiHebat #JHuntMoments dan tag 10 rakan anda.

Mudah bukan?

Jom rakam pengalaman korang shopping di J-Hunt, Aeon Big Subang Jaya untuk melayakkan korang memenangi RM3,000.

Shopping J-Hunt Aeon Big Subang Jaya

J-Hunt menerima bayaran melalui credit card, debit card, dan juga e-wallet seperti GrabPay, Boost, ALIPAY, WeChat Pay, ipay88, Touch n Go eWallet, mcash dan UnionPay.

Mudah bukan?

So, jom kita shopping di J-Hunt The Mottainai Store di Aeon Big, Subang Jaya sekarang!

J-HUNT MONTTAINAI STORE
Level 2, AEON Big Subang Jaya,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Facebook J-Hunt | Instagram @jhuntmottainaistore

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *