Big Bad Wolf Book Sale kini kembali.
Sempena sambutan ulang tahun ke-10, jualan buku terbesar ini menjanjikan senarai judul buku yang lebih banyak dari sebelumnya serta pelbagai elemen menarik dengan tema Grand Carnival pada tahun ini
Ia akan berlangsung selama 24 jam sehari bermula dari 6 – 16 Disember 2019 dan selama 11 hari bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines (MIECC), Selangor.
Hadir dengan tawaran diskaun dari 75% hingga 95% daripada harga runcit yang disyorkan dan masuk adalah PERCUMA.
Big Bad Wolf Book Sale KL 2019 Tawar Lebih 4.5 Juta Buku
Dengan lebih daripada 4.5 juta buah buku ditawarkan, Big Bad Wolf Book Sale menjadi rebutan sama ada dalam kalangan pencinta buku tempatan mahupun antarabangsa.
Jualan Buku ini menawarkan pelbagai kategori untuk bahan bacaan kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen seperti kisah romantik, buku bergambar timbul, kesusasteraan, bantu diri, sejarah, seni bina dan reka bentuk. Terdapat juga buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku bergambar dan buku interaktif.
Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai pilihan buku keluaran penerbit tempatan termasuk Kualiti Books, Sasbadi, Karangkraf PTS, Penerbitan Pelangi, Buku Fixi, The Patriots dan Kanyin Publishing.
Big Bad Wolf Book Sale percaya dengan memberi kembali kepada masyarakat yang kurang berkemampuan menerusi bantuan Tanggungjawab Sosial Korporat – Red Readerhood.
Oleh itu, Big Bad Wolf Book Sale KL 2019 akan bekerjasama dengan badan organisasi bukan untung tempatan serta para pengunjung dengan cara membeli sambil menderma buku-buku di sudut Red Readerhood ketika pesta jualan berlangsung.
Selain itu, para pengunjung juga turut boleh menuntut tawaran-tawaran eksklusif pada Jualan Buku dengan mendaftar sebagai ahli Wolf Pack di: https://bigbadwolfbooks.com/my/signup/
Bagi mereka yang ingin mengetahui perkembangan terkini dan peraduan yang ditawarkan ketika Jualan Buku, sila ikuti laman media sosial Jualan Buku Big Bad Wolf melalui pautan berikut di www.bigbadwolfbooks.com atau lawati laman Facebook Big Bad Wolf Books serta Instagram @bigbadwolfbooks.
Walau banyak content boleh dapat dalam bentuk digital tetapi nak juga baca dan rasa kertas baru feel.
Now, ramai yang suka kumpul buku.. dah jadi macam barang rare la pula