Menu The Chicken Rice Shop
Terkejut bila dapat tahu bahawa menu paling popular Grilled Butter Chicken kini kembali di The Chicken Rice Shop bagi tempoh masa terhad dari November 2019 sehingga Januari 2020.

Bila dapat tahu pasal ini,

Bro cuba curi masa ke The Chicken Rice Shop yang terdekat untuk merasai Grilled Butter Chicken yang hadir dengan ayam tanpa tulang yang dipanggang sempurna.

Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop

Di atasnya dibanjari dengan kuah butter bercampur dengan hirisan cili api dan aroma dari daun kari yang mampu menaikan selera makan anda.

Untuk pengetahuan korang,

Menu ini diilhamkan oleh resipi tradisional Hainanese dengan gabungan keaslian resipi Nyonya Pulau Pinang serta beberapa hidangan kegemaran tempatan Rakyat Malaysia di The Chicken Rice Shop menjadikan ia sebuah restoran terkenal dan Halal serta menawarkan makanan yang sedap, enak dan menggiurkan malahan amat berbaloi untuk dinikmati.

Kini terdapat lebih dari 100 restoran The Chicken Rice Shop di seluruh Malaysia yang boleh anda kunjungi.

Set Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop

Set Menu Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop

Anda boleh dapatkan Grilled Butter Chicken pada harga RM18.90 (A La Carte). Tapi untuk lebih penjimatan, anda boleh dapatkan pada harga :-

  • Set Meal A (1 Pax) ~ RM21.90
  • Set Meal B (2 Pax) ~ RM49.90
  • Set Meal C (4 Pax) ~ RM88.90

Setiap set disertakan dengan pelbagai pilihan menu yang boleh anda nikmati bersama Grilled Butter Chicken pada harga yang lebih jimat, lebih-lebih lagi jika anda makan beramai-ramai.

Menu Set Grilled Butter Chicken The Chicken Rice Shop

Macam Bro dan Puan Isteri, kami pilih Set Meal B (Ye la, kami datang makan berdua kan).

Untuk set menu ini, ia didatangkan dengan :-

  • Grilled Butter Chicken
  • Single Serve Chicken (kami pilih Roast)
  • Nyonya Pai Tee (Fav Puan Isteri)
  • Sai To Fish Ball Soup
  • Pak Choy with Oyster Sauce
  • 2 pingan nasi
  • 2 Soup of the day

Makan di The Chicken Rice Shop

Bro sudah, korang bila lagi?

So jangan lepaskan peluang untuk menikmati Grilled Butter Chicken di outlet The Chicken Rice Shop berdekatan bermula November 2019 sehingga Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut atau promosi terkini mengenai The Chicken Rice Shop, anda boleh layari laman web – www.thechickenriceshop.com

Vlog Makan “Grilled Butter Chicken” di The Chicken Rice Shop