September 9, 2024

3 Sebab Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ Teman Kembara Terbaik Anda

Galaxy Note10 and Note10+
Hari ini, Bro ingin berkongsi beberapa sebab kenapa anda perlu jadikan Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ sebagai teman kembara anda.

Siapa sini suka mengembara?

Bagi sesetengah daripada kita, mengembara adalah salah satu aktiviti yang mampu memberi makna dalam kehidupan mereka – untuk terokai tempat-tempat baru dan budaya yang berbeza.

Ia dapat membawa kita keluar dari zon selesa dan memberikan kita pengalaman baru yang mampu membuka mata dan rasa kebebasan.

Tetapi apabila mengembara secara berkumpulan, tak semua perkara anda punyai peluang untuk melakukannya seperti mana yang anda inginkan. Kadang-kadang, anda hanya perlu pergi sendirian.

Walaupun anda mengembara sendirian, pasti anda perlukan teman disisi yang boleh membantu anda menangkap semua foto dan video yang anda inginkan, menunjukkan cara dan bertahan selama anda melakukannya.

Oleh itu, anda mungkin perlukan teman kembara seperti Galaxy Note10|10+.

Telefon pintar berkuasa yang dibina untuk mereka yang suka mengembara, bekerja dan bermain di mana sahaja mereka berada, dan yang penting, tidak takut untuk pergi bersendirian.

So, kenapa Galaxy Note10|10+ Sesuai dijadikan teman kembar anda? Di sini Bro kongsikan 3 sebabnya :-

1 – Merakam Setiap Kenangan Dalam Bentuk Gambar & Video

Kamera Galaxy Note10 and Note10+

Ramai yang suka abadikan kenangan ketika mengembara dalam bentuk gambar mahupun video sebagai tanda ingatan. Tetapi tiaa sorang pun yang mahukan gambar atau video yang teruk.

Galaxy Note10+ hadir dengan 4 kamera – 1 kamera hadapan 10 MP dan 3 kamera dibelakang yang terdiri 16 MP Ultra Wide-angle, 12 MP Wide- angle dan 12 MP telephoto yang memberi anda ultra-wide-angle bagi merakam keseluruhan pengalaman mengembara anda.

Kamera hadapan juga menawarkan fungsi Night Mode bagi situasi yang kurang pencahayaan. Begitu juga dengan fungsi Live Focus feature pada aplikasi kamera yang mampu merakam gambar selfie yang menarik serta menambah kesan bokeh pada gambar yang anda ambil.

Gambar Diambil Menggunakan Samsung Galaxy Note10
Gambar yang Bro ambil menggunakan peranti Samsung Galaxy Note10|10+

Bagi mereka yang suka merakam video (terutama vlogger), rakaman video menggunakan Galaxy Note10|10+ disertakan dengan fungsi kesan khas dan Live Focus yang membolehkan anda menambah efek pada latar belakang , termasuk bokeh, dan kedalaman rakaman yang boleh diselaraskan.

Ia juga didatangkan dengan fungsi microphone zoom yang dapat memadamkan bunyi yang anda tidak perlukan dalam suasana yang sesak (ramai orang).

Manakala untuk menyunting video ketika mengembara lebih mudah dengan hanya menerapkan kreativiti pada video anda di Note10|10+ – laptop tidak diperlukan lagi. Maka tidak perlu anda mengusung laptop ketika mengembara.

Dengan video editor yang disertakan padanya, membolehkan anda menyunting video dengan fungsi hampir sama menggunakan laptop serta memudahkan anda ketika mengembara.

Disertakan bersama S Pen untuk menerapkan kejituan, ia juga boleh dijadikan sebagai alat kontrol untuk anda mengambil selfie ketika tiada orang lain yang boleh membantu anda mengambil gambar dengan sempurna.

Ini betul-betul teman kembara yang anda perlukan.

2 – Rancang Perjalanan & Elakkan Hujan

Untuk mengembara, anda perlu sediakan peta, nota dan beberapa benda yang kini anda boleh simpan dalam Galaxy Note10|10+ yang boleh anda access pada bila-bila masa.

Anda boleh merancang pengembaraan anda dengan menonton beberapa video kembara yang kini mudah diperolehi di Youtube. Anda boleh nikmatinya pada Galaxy Note10|10+ yang mempunyai Paparan UL verified Premium Hole, Dynamic AMOLED Infinity-O Display dan HDR10+

Plan your journey and avoid the rain with Galaxy Note10 and Note10+_1

Galaxy Note10|10+ mempunyai fungsi S Planner dan Notes yang menjadikan perancangan perjalanan mudah dan senang. Ianya boleh di synchronize bersama Google Calendars bagi memudahkan anda merancang jadual kembara dan menambah maklumat tambahan mengenai kembara melalui Google Drive.

Bagaimanapun, tiada seorang pun suka hari hujan ketika mengembara terutamanya ke pantai.

Anda boleh memantau ramalan cuaca lebih awal menggunakan Galaxy Note10|10+ bagi mengelakkan kekecewaan dan kerugian masa ketika kembara. Sekurang-kurangnya, anda boleh merancang plan sandaran lebih awal sekiranya cuaca tidak menyebelahi anda.

3 – Pemandu & Penterjemah Poket Peribadi Anda.

Salah satu dugaan ketika mengembara, anda tidak familiar dengan tempat tersebut. Memang agak sukar untuk mencari arah bila perbezaan bahasa menjadi penghalang terutamanya bila penduduk tempatan kurang fasih dengan bahasa yang kita tuturkan.

Tapi tidak lagi dengan Galaxy Note10|10+, bila terdapat aplikasi Google Maps dan Google Translate yang boleh menyelesaikan masalah anda ini. Ia dapat menunjuk arah supaya anda tidak sesat, dan sekiranya anda sesat, bertutur dengan penduduk tempatan tidak menjadi masalah dimana ia menyokong 100 bahasa dengan 37 bahasa via gambar.

Galaxy Note10+ Battery

Galaxy Note10+ dibina dengan bateri berkapasiti 4,300 mAh dan boleh dicas penuh sepantas 30 minit.

Maka, anda tidak perlu risau jika kembara diluar dalam tempoh masa yang panjang serta melakukan beberapa aktiviti seperti bermain game, streaming, broadcasting atau menyunting video menggunakannya.

Lagipun, masa anda amat bernilai ketika kembara.

Lepas ini, jika anda merancang untuk kembara ke mana-mana jangan lupa guna sepenuhnya fungsi yang terdapat pada Galaxy Note10|10+.

Sekurang-kurangnya anda boleh mengembara dengan puas tanpa perlu risau dengan benda yang remeh jika Galaxy Note10|10+ mampu menyelesaikan kesemuanya.

Capturing the best shot with Galaxy Note10+
Rakam best shot menggunakan Galaxy Note10+

Jangan lupa rakamkan kenangan anda menggunakan Galaxy Note10|10+ dan kongsikan ia di media sosial mahupun Youtube ;)

Ok, itu sahaja daripada Bro kali ini. Harap tip diatas dapat membantu anda merancang kembara pada cuti hujung tahun ini.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *