Heartland Group menggabungkan cara masakan Malaysia yang unik dengan Epal Ambrosia mereka dengan pelancaran kempen ‘Amboi Ambrosia’.
Kempen ini memberi peluang kepada pengguna untuk memperluaskan aspek kulinari mereka dengan mempamerkan pelbagai cara Epal Ambrosia boleh digunakan dalam masakan klasik Malaysia.
Majlis pelancaran Amboi Ambrosia turut dihadiri chef ikonik Malaysia yang terkenal di seluruh dunia, Datuk Chef Wan.
Beliau telah mempamerkan tiga hidangan tradisional Malaysia diintegrasikan dengan Epal Ambrosia yang sememangnya menakjubkan.
Untuk mempamerkan kegunaan buah tersebut yang versatil, Chef Wan berkongsi tiga hidangan enak yang diilhamkan dari sejarah masakan Malaysia seperti :-
- ‘Kerabu Sotong Panggang Ambrosia (Ambrosia Grilled Calamari Salad)’
- ‘Sup Tom Yam Labu dan Ambrosia (Tom Yum Pumpkin Soup with Ambrosia)’
- ‘Acar Ambrosia Berempah (Ambrosia Apple Chutney)’
Kesemua resipi di atas disempurnakan dengan keenakan Epal Ambrosia.
“Saya selalu menikmati rasa enak dari Epal Ambrosia dan saya teruja dengan peluang ini kerana dapat menyediakan beberapa hidangan tempatan kita mengunakan epal yang lazat ini.
Saya sememangnya gembira untuk mengatakan bahawa ia amat berbaloi! Epal Ambrosia menjadikan hidangan terasa luar biasa. Pastinya membuat saya berkata – Amboi! ” – Datuk Chef Wan
Ciri Pada ‘Epal Ambrosia’ Menjadikan Ia terkenal
Ditemui di British Columbia, Kanada dan kini ditanam di New Zealand – Epal Ambrosia terkenal dengan rasa manis madunya, tekstur halus dan rangup.
Ia boleh dikenali dengan ciri utamanya iaitu epal yang berkulit halus serta berwarna merah jambu terang dan aroma yang menyenangkan.
Epal yang lazat ini ditanam di bahagian Pulau Selatan New Zealand yang indah di Nelson, sepanjang pantai timur Tasman Bay.
Nelson merupakan pusat untuk penanaman epal di New Zealand sejak tahun 1913 dengan lebih daripada 40% epal ditanam di kawasan itu.
Nelson merupakan tempat yang sempurna untuk penanaman epal yang terbaik dan enak.
Ia mempunyai iklim yang amat bersesuaian kerana kesemua epal sentiasa didedahkan dengan cahaya matahari – lebih daripada 2,000 jam.
Ini juga digabungkan dengan hujan dan suhu waktu malam yang rendah.
Tambahan pula, angin laut yang kencang mewujudkan persekitaran yang ideal untuk epal segar, lazat, cantik dan sihat.
Epal Ambrosia adalah produk yang dipatenkan oleh Heartland Group, Applecraft™ yang memastikan proses berkualiti. Ini adalah amat penting bagi syarikat untuk menghasilkan epal terbaik di dunia kepada pelanggan, setiap masa.
Heartland Group terdiri daripada pomolog (penanam epal) di Nelson, New Zealand. Mereka menghasilkan pelbagai epal yang dipanggil epal Luv'ya ™ melalui struktur bersepadu mereka yang unik kerana ia merangkumi kebun sendiri, pusat pembungkusan dan syarikat pemasaran yang membolehkan syarikat itu mempunyai kawalan penuh ke atas setiap hasil proses epal.
Selain Ambrosia, Luv’Ya juga menghasilkan varian epal yang lain seperti Royal Gala, Fuji dan Braeburn. Profil rasanya juga berbeza daripada manis, masam dan enak seperti varian Popular Pink Lady™, Bright Red Eve™, Smitten™ dan lain-lain.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter