December 6, 2024

Kerana Drama ‘The InBetween’, Aku Ke Breakout @ Avenue K

The InBetween Case File
Hai, Korang dah tonton ke belum drama The InBetween yang baru sahaja ditayangkan di Blue Ant Entertainment (Unifi TV Ch 473) bermula 31 Mei 2019, setiap Jumaat pukul 10.35 malam.

Beberapa hari yang lepas, Bro terima bungkusan yang disertakan misi dan informasi pembunuhan yang perlu Bro selesaikan di Breakout, Avenue K.

Rasa berdebar-debar juga nie.

Turut dinyatakan Bro perlu datang bersama 5 orang rakan untuk menyelesaikan misteri “The Greatest Murder of Westwood” dengan bantuan The Oracle (seseorang yang boleh nampak visi sama seperti Cassie dalam drama The InBetween).

Introducing Cassie Bedford | The InBetween

When the physical evidence leads to a dead end, Cassie Bedford can reach out and talk to the departed to bring light new evidence to a case. #TheInBetween

Posted by Blue Ant Entertainment on Ahad, 12 Mei 2019

Siapa Cassie tue?

Cassie Bedford, merupakan seorang yang dilahirkan dengan kebolehan yang luar biasa. Beliau mempunyai visi.. Sama ada dia suka atau tidak. Kadangkala beliau boleh melihat kejadian yang telah berlaku dan akan berlaku di masa hadapan.

Di samping itu, dia menghadapi ‘roh yang tidak tenteram’ yang memerlukan bantuannya.

Apabila ayahnya Detektif Tom Hackett, dan rakan barunya, bekas Agen FBI Damien Asante memerlukan bantuan menyelesaikan pembunuhan yang gelap dan membingungkan, Cassie dengan berat hari bersetuju menggunakan kebolehannya dan membantu menyelesaikan beberapa kes Seattle yang paling mencabar.
The InBetween - Season 1

Kolaborasi The InBetween Bersama Breakout Malaysia

Breakout The InBetweenBagi mendekati The InBetween dengan penonton Malaysia, Blue Ant Entertainment telah bekerjasama dengan Breakout Malaysia, dengan menyediakan bilik “The Greatest Murder of Westwood” dengan bantuan The Oracle (yang “melihat” visi seperti Cassie) dari 31 Mei hingga 21 Jun.

Kerjasama ini akan membolehkan orang ramai cuba menyelesaikan kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri, yang digelar sebagai “The Symbol”.

Mereka dikehendaki menggunakan kecerdasan, kemahiran serta kerja berpasukan bagi meningkatkan peluang untuk memenangi barangan premium edisi terhad Blue Ant Entertainment.

Sebagai sebahagian daripada permainan dan menambah sentuhan, Breakout memperkenalkan watak-watak yang mempunyai kebolehan khas seperti Oracle untuk menanamkan analisis, pengurusan masa, membuat keputusan dan kemahiran strategi di kalangan pemain. 100 peserta pertama untuk menyelesaikan kes pembunuhan dalam had masa akan membawa hadiah istimewa.

Alhamdulillah kami dah berjaya selesaikan kes ini.

Memang best & mencabar + stress juga dengan perangai sensorang yang bersusah payah nak cari jawapan sedangkan jawapan dah memang ada depan mata. Gelak je kami bila baru sedar yang itu jawapan yang kami cari selama nie.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti Facebook Blue Ant Entertainment, Instagram @BlueAntEntertainment dan Twitter @BlueAntEnt.

Nota Kaki : Rasa macam nak repeat je main dekat Breakout. Nak try selesaikan bilik yang lain pula ;)

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Kerana Drama ‘The InBetween’, Aku Ke Breakout @ Avenue K

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *