December 3, 2024

2019 – Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin

Helang Kerabat Diraja Raya Johor
Gua helang? Idok la… Just pipit je…

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin terutamanya kepada rakan-rakan & pembaca blog ini.

Tidak lupa juga buat Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah bertitah memakai seluar hitam, dipasangkan dengan baju Melayu teluk belanga merupakan pakaian tradisi keluarga di raja Johor.

Maafkan patik Tunku.

Siapa yang dok ‘lost’ atau ‘ketinggalan keretapi’ pasal helang dan pipit tue, Bro nak habaq pasal tweet dari TMJ yang bertitah bahawa helang dan pipit terbang pada ketinggian yang berbeza dipercayai sebagai kiasan darjat darah bangsawan tidak sama dengan orang kebanyakan.

So dah faham la kan pasal helang dan pipit yang kecoh time raya baru nie.

Menariknya Raya Aidil Fitri Tahun Ini

Family Broframestone Raya Perak

Alhamdulillah, tahun nie dapat beraya sepuasnya di Perak & Johor (Tahun nie, turn Puan Isteri dapat cuti raya hampir seminggu). So raya tahun ini dimulakan di Perak, kemudian menyusul di sebelah Johor pula.

Alhamdulillah juga, tak stuck dalam jem berjam-jam mahupun ke Perak atau ke Johor… ETA pun delay 10-15minit je kenkadang.

Paling teruk pun stuck dekat drive thru KFC hampir sejam hahaha (Kalau beratur depan kaunter lagi panjang)

Alhamdulillah dapat berkumpul semua adik beradik & Alhamdulillah juga dapat berkumpul semua adik beradik ipar.

Sebelum menutup bicara, izinkan Bro menjual pantun

Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air tergenang,
Dosa tertimbun Mohon diampun,
Silap dan salah jangan dikenang

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin dari Bro Framestone sekeluarga.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “2019 – Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *