Ramai yang tanya, “Bro tak penat ke, tiap-tiap bulan bawa keluarga jalan-jalan dekat Genting?”
Penat tue, memang la penat. Tapi kepuasan + keseronokan yang dirasai kami keluarga ini mampu buat penat itu hilang atau tak terasa langsung.
Tapi, lenguh tue tetap juga terasa. Susah nak hilang lebih-lebih lagi kalau dari pagi sampai ke malam dok berjalan je sekitar Sky Avenue Genting Highlands dan kawasan-kawasan berhampiran.
Kalau menginap dekat First World Hotel Genting Highlands, boleh juga rehat-rehat, mandi dan tidur. Kemudian sambung balik.
Jika tidak, anda boleh singgah sebentar ke Healing Touch yang terletak di Ripley’s Adventureland, Level 4, Sky Avenue Genting Highlands. Satu kawasan juga dengan Alive Museum & Jurassic Research Centre
Badan, Jiwa & Minda Lebih Segar Dengan Urutan di Healing Touch
Bukan Bro sorang je yang selalu datang ke Healing Touch, Sky Avenue Genting Highlands, bahkan ada beberapa kenalan juga selalu ke sini.
Bila sembang dengan dorang, dekat sini boleh relax dan rehatkan badan sebentar sebelum sambung meneroka Sky Avenue Genting Highlands yang makin meriah sekarang ini.
Sehari pun tak akan habis round dalam tempat ini.
Sebelum memulakan sebarang sesi, anda dikehendaki mengisi borang dan menyatakan pakej dan bahagian mana yang anda ingin mereka urut.
Setiap pelanggan yang hadir ke sini, disajikan dengan teh ginseng.
Bila semuanya dah selesai diisi, teh pun selesai diminum. Maka bermula sesi yang ingin anda jalankan di sini. Macam Bro, ambil urutan kaki (Foot reflexology).
Jika seluar yang anda pakai kurang bersesuaian, mereka turut menyediakan seluar pendek.
Sebelum memulakan sesi, Bro dikehendaki jalani terapi wap kaki beberapa minit bagi menyegarkan kaki sebelum ianya diurut.
< Kebanyakan tukang urut disini terlatih dan profesional. Seeloknya, anda bagitau awal-awal tahap urutan yang anda inginkan - Strong / Standard / Soft. Bro pilih Strong, baru lain macam feelnya. Waktu urut, baru menyesal dengan pilihan sendiri hahaha. Tapi nikmatnya, memang tak terkata. Terasa peredaran darah di kaki semakin lancar, terutamanya pada permukaan tapak kaki. Harga rawatan urut kaki di Healing Touch:
- Aroma foot relax treatment (30 minit) RM 88.00
- Foot reflexology (40 minit) RM 98.00
- Foot reflexology (90 minit) RM 158.00
- Oriental foot & shoulder massage (60 minit) RM128
Sekiranya badan / kaki anda perlu berehat ketika berada di sekitar SkyAvenue, Genting Highland. Anda jangan lupa untuk singgah ke sini sebelum meneruskan rancangan anda seterusnya.
Healing Touch @ BigBox
Lot T2C-B18, SkyAvenue, Genting Highland.
No Tel : +6012-233 7525
***************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Foot massage up high in Genting! The pricing looks quite reasonable taking note that it’s not located in town after all. Especially looking at the classy set up
Dah banyak Kali pegi Genting… sekali pun Belum pernah visit healing touch. Service dia macam awesome je. Next time mesti may pegi.
Perghhhh…healing touch ni sangat berguna kan. Maklumlah. Perjalanan sekitar Sky Avenue Genting ni memang jauh-jauh. Kadang memang kena urut kaki balik sebab penat berjalankan.
Wahhh bro ! Nampak relax sungguh ya. Sesekali manjakan diri di spa2, best juga ya. Suka sesi urut di spa sebab rasa lega sangat. Pengurut2 di spa sangat bagus dalam bidangnya. Bila lah boleh merehatkan diri ke spa di genting nie agaknya yer
Memang best tempat ni. Penat dok jenjalan kat Genting..ada pulak yg urut2 kaki..perghhh terbaik. Hari tu dok buat food massage , sampai tertidur sis di buatnya..hehehe
long time no go Genting HIghlands good to see there for this place to pamperself. My sister-in-law wanna try this out shall, tell her of this place soon.
Memang best when enjoying massage. It help to lighten our body. I have tried their massage and you can choose harder or lighter massage.
Wah bestnya manjakan kaki di sini pulak kan. Tempat pun menarik dan nampak bersih. Lama tak pergi Genting kalau pergi nak try lah Healing Touch Sky Avenue ni, boleh cuba massage kat sini.
Memang best kalau dapat foot massage after a long day walking. Rasa macam kaki sangat ringan lepas itu.
Harga pakej yang ditawarkan pun sangat menarik. Bagus tahu. semoga dia orang ada buka cawangan kat PEnang. Boleh la Ika datang urut kaki. Selalu sakit huhu.