You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > First World Hotel Genting Highlands Hotel Terbesar Di Dunia

First World Hotel Genting Highlands Hotel Terbesar Di Dunia

First World Hotel Genting Highlands
Cuti persekolahan hampir sampai ke penghujungnya, maka Bro guna kesempatan ini untuk bawa keluarga bercuti di kota keriangan, Genting Highlands.

Jika sebelumnya, Bro memilih untuk balik hari. Kali ini, kami cuba menginap di sana.

First World Hotel menjadi pilihan dimana ia merupakan hotel terbesar di dunia pernah direkodkan. Patutlah selalu nampak ramai pelancong check in dekat sini.

Lokasinya pula berdekatan dengan SkyAvenue yang kini menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga disini.

Menginap disini, boleh dikatakan berbaloi dari segi penjimatan terutama bagi mereka yang ingin berehat sebentar atau inginkan tempat untuk bermalam sebelum meneruskan aktiviti pada keesokan harinya.

Tidak dinafikan, Genting Highlands kini berwajah baru dan lebih banyak tempat interaktif terdapat disini. Yang pastinya, anda tidak mampu melawat kesemuanya dalam satu hari.

Siap ada lokasi yang dibuka 24 jam.

BACA : Alive Museum & Jurassic Research Centre

Menginap di First World Hotel, Genting Highlands

First World Hotel Genting Highlands
Biliknya tidak sebesar mana, tetapi berbaloi dengan bajetnya dan tujuan menginap disini. Maka Bro memilih bilik Y5 Deluxe (Twin).

Dapat juga kami sekeluarga berehat setelah penat berjalan seharian.

Lebih-lebih lagi si anak yang perlukan tempat tidur siang untuk recharge tenaga bagi bertahan sehingga ke malam.

Jom tengok bilik yang kami menginap.

First World Hotel Genting Highlands

First World Hotel Genting Highlands

First World Hotel Genting Highlands

First World Hotel Genting Highlands

BACA : Hotel On The Park, Genting Highlands

Ramai juga pengunjung yang menginap di sini setiap masa, lebih-lebih lagi bila First World Hotel turut menawarkan penginapan yang dicas mengikut jam pada harga serendah RM50 untuk 3 jam.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada terma & syarat dan anda boleh membuat tempahan secara walk-in dari pukul 6 pagi hingga 12 tengahari.

Tetapi, ianya tetap bergantung kepada kekosongan.

Waktu check in pada pukul 3 petang manakala check out pula pada pukul 11 pagi.



Booking.com


First World Hotel Genting Highlands
Untuk lebih keselesaan, anda digalakkan parking kenderaan di parking First World Hotel atau SkyAvenue. Lebih-lebih lagi, hotel ini mempunyai 3 tower dan SkyAvenue lokasi paling dekat untuk anda check in.

Sekiranya anda ke Genting Highlands nanti, jangan lupa untuk menginap di hotel ini.

First World Hotel & Plaza, Genting Highlands,
69000 Genting Highlands, Pahang,
Malaysia.

Tel No. : +603-2718 1118

Info lanjut : https://www.rwgenting.com/accommodation/hotels/first-world-hotel/

Peringatan : Anda mungkin akan hadapi masalah untuk turun sewaktu nak check out. Lebih-lebih lagi diwaktu puncak sebab ramai akan gunakan lift untuk turun check out.

Cara terbaik (takde la baik sangat), anda perlu tekan lif untuk naik ke atas dan masuk lif tersebut untuk ketingkat atas.

Jika anda bernasib baik, sewaktu lif turun ianya akan terus turun ke bawah. Jika tidak, anda perlu bertahan dan kuatkan semangat menghadapi dugaan lif berhenti setiap tingkat sebelum sampai ke tingkat lobby.

All da best hahahah

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “First World Hotel Genting Highlands Hotel Terbesar Di Dunia

  1. Menarik hotel ni especially shower, pressure air sgt kuat dan suam2.. segar lepas mandi selepas kepenatan jenjalan walaupun mandi tengah malam haha. Mmg selesa, simple tapi menarik dan tips turun lif tu memang win.. berguna :D

  2. Tak pernah lagi bermalam di hotel First world GH ni..pernah bermalam di Resort world genting je..sejak diorang ubah suai majoriti hoyel..memang x pernah lagi staycation kat sini..nampak menarik la Bro..SA harap dapat lepak sana dengan anak dara lepas raya nanti..banyak.benda nak kena explore atas tu

  3. Tak pernah ada pengalaman menginap di First World Hotel Genting ni. Tapi ialah, rata2 yang pergi ke sini pun lebih kerana mahukan keriangan dan masa berkualiti dengan keluarga. Jadi bab penginapan tu rasanya memadai selesa. Tapi bab lif tu kelakar. Kadang2 ada juga pengalaman sama di tempat lain! ?

  4. Menarik hotel nih. Tapi lama dah tak pergi Genting. Last pergi anak yang sulung setahun lebih. Sekarang dia dah 8 tahun. Hahaha..kalau pergi kompom macam rusa masuk kampung. Bab peringatan tuh yang tak tahan..hahaha

  5. Dah beberapa kali menginap kat sini, walaupun bilik tak le besar mana tapi selesa lah untuk tidur. Bukan kita sentiasa duduk terperap je dalam bilik tu ya dak.? Keluar pagi, balik malam..time malam je lah baru lepak bilik..hehehe

  6. Hari tu masa bulan Feb cuti tahun baru cina, full hotel first world ni, memang ramai pelanggan yang dah booking awal, melepas kami satu family nak bermalam dekat situ…

    Hotel nampak selesa… next time moga kami berpeluang bermalam disitu.

  7. tips last tu tips yg bagus tu.. hihihi.. anyway kena try semalam juga kat sini.. genting pon pernah jejak sekali.. tu pun x sampai 2 jam..kena spend masa lama sikit kt ats ini

  8. Yes kita ada terbaca pasal hotel ni ada lebih dari 6 ribu bilik dan sangat besar dan banyak tu. Sebab tu ramai orang pergi Genting tapi tu tetap masih penuh lagi hehehehehe. Bilik pun boleh tahan selesa dan menarik…

  9. Marsha pegi 3 minggu lepas dapat tower 2. Tapi alhamdulillah masalah lif xde. Bilik ok. Agaknya bro pegi waktu yang sangat puncak kot. Kalau masalah lif ni jenuh juga kan. Tp apapun best ke sana kan

  10. Teringin hendak nya Ika datang ke Genting dan berehat dari kesibukkan kerja. Harapnya berpluang la datang sini. Bilik hotel nampak simple namun menarik.

  11. ala rindunya nak tido hotel kat genting. pengalaman sekali jer tido kat sana tu pun dah rasa syok habis dah hahahaha. tidur sejuk2 macam kat oversea mmg feel abis apa tah lagi di first world hotel..ohsem

  12. Mmg first world hotel jd pilihan pelancong sbb murah dan byk bilik. Ms liez kerja travel agent mmg 1st world pali g famous. Skrg dah makin cantik dan selesa selaras dgn nsik taraf genting highlands

  13. Teringin menginap di hotel yg pernah direkodkan sebagai hotel terbesar di malaysia nie. Tp sampai ke sudah xde rezeki lgi utk ke sana. Nice bro tips tu. Yelah, bila bangunan yg mempunyai banyak tingkat nie. Mmg satu yg paling leceh adalah tang lift dia. Ya Allah rasanya kena banyak bersabar

  14. First world hotel is the best but it’s really really big, the last round I was there I got lost because I went up the wrong tower. Genting has improved their rooms as well, looks more welcoming now.

  15. Ooo hotel ni memang hotel terbesar di dunia ke. Kalau betul, impressed jugak. Hotel terbesar di dunia terletak di Malaysia. Bangga kot. Emi dah lama tak ke genting.

  16. Agree that they are biggest hotel as First world has three tower. And the room has been go through renovation. I prefer stay at Tower three XYZ room. Big and spacious.

  17. Lama giler tak gi genting. Rindu gila nak sedup udara sejuk kat atas sana. Lawa jugak bilik first world hotel ni. Tak pernah lagi stay dalam hotel baru ni. Skang syiok pi genting, GPO ada, cable car baru, shopping mall pun besar

  18. Hotel ni memang Terbesar di atas bukit tu. Sebab tu mereka ada banyak bilik dan ruang hiburan. Ruby pernah menginap sekali di sini. Tempat makan sarapan best giler. Cuma bilik je kecil dan sempit. Masa tu ambil bilik biasa je. Tingkap pun nampak aircond punya kipas tu. Hahaha. Kalau ada duit lebih, nak duduk kat bilik yang nampak permandangan Genting. Mesti Indah. Hehe

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top