Pagi tadi bro berkesempatan untuk menonton telemovie raya, Ku Petik Dosa.
Lakonan mantap Fasha Sanda, Fadilah Mansor, Zaidi Omar, Farah Nadia dan Fikree Bakar.
Jalan ceritanya banyak mengisarkan mengenai Nia Qaseh yang menjadi mangsa dera dan juga mangsa seksual yang kerap berlaku dalam masyarakat masa kini.
Sipnosis Ku Petik Dosa
Aina dan Haris berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh.
Aina mengambil keputusan untuk kembali bekerja apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta.
Qaseh telah dihantar ke rumah jirannya, Kak Sal. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk bekerja siang dan malam.
Suami Kak Sal, Khalid yang terlalu mengikut nafsunya telah menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa kemarahannya terhadap Khalid dan merahsiakan hal tersebut daripada Aina dan Haris.
Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam. Kebetulan Aina sedang mengandung anak kedua maka perubahan Qaseh dianggap merajuk dan merasakan dirinya tidak disayangi.
Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga dia selalu demam dan akhirnya muntah darah dan pengsan. Aina mengejarkannya ke hospital dan terkejut apabila pihak hospital mengesahkan Qaseh didera dan dirogol.
Bicara Bro : Isu yang serius tetapi kita asik terlepas pandang dek sibuk dengan kerjaya.
“Ku Petik Dosa”
Petik lebih-lebih sikit, tapi jangan hulur pada bro. Duit raya tak apa he..23x
saya pun tengok tadi..memang kesian Nia..
Ni kesilapan orang dewasa di sekeliling dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan
Tue la.. semua orang dok sibuk bekerja… sampaikan xde yang sudi layan bro…
sian bro…
note : tiada kaitan pun
hahaha…baru nak tanya ni drama ape?
Nasib baik ada note tu :P
tunggu bro kena rogol dulu le kot br layan bro balik :P
alamak..kerje la plak arni =(
alamaknye.. ini cite tv3… xde ulangan cam astro he..23x
tajuk tu pelik sangat…
Direct sebenarnye…
dalam kehidupan kita.. setiap perbuatan sedikit demi sedikit petik dosa
antara sedar atau tidak sahaja
owh, betul jugak kan..
Salam.. Sy pon tgok jugak td.. Mmg best.. Hangin je tgok prngai husband die tu.. wife die lak, bole lak g biar je.. rahsiakan je.. mujur last sekali die sndr yg g bgtau polis.. huhu.. pape pon, best cite ni.. byk pengajaran.. :-)
tak smpt nk tgk. harap ada kt youtube. hehe
tapi mmg ade kes di mana isteri dok senyap je ape yang si suami lakukan…
Bro, gua pun rekomenkan satu movie harini:
http://akuskizo.blogspot.com/2011/09/limitless.html
movie apa tu ek?
tgh dah last2 tadi..siaaan….
rasanya pasti ada ulang tayang
isu yg sgt bgs utk ditunjukkan kpd penonton. mmg ptt kita pikirkan balik sejauh mana berbaloinya pengorbanan sibuk bekerja demi anak2 ni
xsempat nk tgok sampai abis..tak tau ending citer ni..
I’ve seen it and I think we ca’t just judge on one side, only “iman” can control the lust….by the way, why is that women is so afraid to call the police instead of jerking at that pitiful girl….
antara sebab saya tak suka cerita melayu ialah bukan saya berlagak sombong, tapi…bila tengok mesti memangis…emosi akan terbawa bawa sepanjang hari…hehehe
Saya sakit hati dengan watak Kak Sal.. dia sepatutnya avoid Nia daripada husband dia.. tolong lah..kesian budak tu..
Beb last nite aku tengok citer nih kat TV3. Sangat tersentuh hati. aku nagis…actually tis morning aku masih terfikir pasal kanak2 malang tu…pada sesiapa ibu bapa yang ada anak please carefull skit rrr…sometimes kite tak jangka dan jgn letak kepercayaan penuh pada insan yg kita sangka baik sebenarnya bersikap shaitan…sebaik mana org yg menjaga anak kita, nursery, pengasuh, jiran atau saudara mara…ibu adalah yang terbaik…kita yg melahirkan…