Suamiku Jururawat
Di slot Cerekarama TV3 menampilkan lakonan Tomok (Mikhail) dan juga Yana Samsudin (Suri).
Mereka berdua merupakan pasangan suami isteri dan berkerja di hospital yang sama.
Mereka berkahwin atas pilihan ayah Suri dimana dia berhutang budi dengan ayah Mikhail yang telah terkorban sewaktu menyelamatkan beliau. Dan Mikhail diambil sebagai anak angkat dan kemudian dikahwinkan dengan Suri.
Suria merupakan doktor pakar di hospital itu selepas tamat pembelajarannya di luar negara.
Manakala Mikhail hanya merupakan jururawat praktikal di hospital berkenaan yang masih lagi berlajar.
Beliau bercita-cita untuk menjadi doktor tetapi keputusan SPM beliau tidak mengizinkan beliau.
Suri malu jika ada orang lain tahu yang dia sudah berkahwin dan suaminya hanya merupakan jururawat.
Keadaan jadi makin parah, Suri cemburu bila jururawat dan doktor lain di hospital mula tertarik dan bercerita tentang minat mereka kepada mikhail.
Ini membuatkan Suri cuba untuk membuatkan Mikhail cemburu. Beliau mula baik dengan Dr. Fitri di sana.
Mikhail sakit hati melihat kemesraan isterinya dengan Dr. Fitri. Beliau merancang beberapa muslihat untuk mengenakan doktor lelaki tersebut.
Kerana muslihat ini, membuatkan hubungan dia dengan Suri makin rapat.
Akhirnya Mikhail tamat praktikal di hospital berkenaan. Tetapi beliau tetap datang ke hospital untuk mengitip isterinya.
Bicara Bro : Isteri Bro jururawat. Ada gak doktor yang berkenan, mungkin mereka tidak tahu yang dia sudah berkahwin. Tapi tiada sorang pun yang berani, sebab dia garang.
Tengah bayangkan kalau Bro beristerikan doktor.
hehehe :) nice review bro :)
Review biasa2 je nie…
Pergh sempat lagi dia buat preview drama ni ye.. Bgus betul.. Hehe
Tapi ending ntah pepe.. Penat je layan.. :-P
Sempat je sambil tonton sambil menaip he..23x tapi ending cam…… (korang sendiri pun paham kan)
Menarik cerita ni… Tergelak-gelak saya menontonnya… Lakonan terbaik daripada Tomok….
Sama la juga, tergelak tapi xsuka endingnya….
sweet kan citer ni bro…. tak lah teruk sgt…
Tak suka ending dia…
haha..aku suka cerita macam ni..
Mula2 layan cite best laaa jugak. Pastu nampak cenggitu je cite dia.
Aiman pun tukar channel 119. Cite Jackie Chan lagi besh .. Hehehe
tak tgk semalam. tgk ceta lain.. hik3
layan jgk cerita ni dari mula tapi tak sampai habis…sbb sy keluar semalam…heee~
wife saya doktor. kalau tau, dulu saya amek kursus nurse, ble berniaga sambil jd jururawat. hehe
tak sempat tengok.. malam tadi makan besar.. he he
Tak tengok pon sebab smalam night shift.huhuhu.
alaaaaa…mesti bestkan cerita itu semalam. dah set nak tengok tapi ada hal kat luar. nak carijugak lah cerita nih.
hihi best juga citer tu…
Bini yang garang,tegas dan profesional dalam kerjaya memang terbaik. Tahniah bro.. :)
assalamualaikum bro…memang best cite ni seronok jer…:)
tergelak sakan tengok citer nie..
kiranya bro ni berani la ye…garang2 pon dapat kat bro..cam mana ngejas???