Jurukamera BERNAMATV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.
Manakala wartawan TV3, Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru
Wartawan ASTRO Awani, Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro berkata kejadian itu berlaku pada jam 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.
Wartawan BERNAMATV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada jam 6.10 petang waktu tempatan.
Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.
Mengikut maklumat, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada jam 5.30 pagi waktu tempatan esok.
Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.
Bicara Bro : Peluru tidak bermata.
Sesiapa pun boleh menjadi mangsanya.
Teringat zaman-zaman muda berlari 20km dengan M16 & training guna snipper. Kalau la boleh kembali ke zaman tue.
takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. btol kata bro. peluru xbermata. Allah lebih sayangkan beliau. smoga roh beliau ditempatkan di kalangan org2 beriman
Peluru yang mengejar pun guna heat detactive… Tue pun xpakai mata gak
sedih betul.. camne la keluarga dia kan bro..
takziah
Hope ada pampasan untuk keluarganya kan
owh..bro dulu polis ke apa
Bro masa sekolah pernah attend kem ala komando.. duduk dalam hutan seminggu..
Pepandai la nk hidup.. cross sungai perak lagi.. yg lain2 jangan tanya..
Tue zaman memuda dulu..
La nie, nk kuar rumah pun semput
takpa bro. kena rajin senam balik lepas ni..
hehe
takziah buat keluarganya..
Bro training untuk apa dulu tu?
takziah buat keluarga arwah..
perggh, bro tau guna sniper eh. leh la ajar sy shooting gak ni kan..hehehehehe
Boleh la.. cuma xdasyat la…
Bro memanah pun boleh
tak kira la dahsyat ke tak..janji tau..hehehe
leh la jugak g archery nnt kan
I’m speechless because I think I know that guy…..
semoga roh beliau ditempatkan di kalangan org2 beriman. sayang sbb byk sgt propaganda politik kerajaan yg mengambil kesempatan atas pemergian beliau ini. dgr citer, punca yg xboleh disangkal adalah disebabkan kelab putera 1umno asyik kibarkan jalur gemilang yg mungkin menyebabkan kekeliruan dgn bendera usa. puak anti-amerika mungkin tersilap ambush akibat hal tersebut.
Rasanya bendera kita perlu di ubah suai kot
sedih sungguh bila tengok muka ibu dan anak2 arwah yang masih kecil…semoga rohnya dicucuri rahmat…