June 27, 2025

Usahawan Nenas Manis MD2 – Jus Bob Nanas di #MAHA2016

Jus Bob Nanas at MAHA 2016
Bertuah rasanya bila dapat berkunjung ke booth Jus Bob Nanas milik rakan blogger merangkap usahawan nanas, Hazman Fadzil sewaktu MAHA 2016.

Lebih bertuah, bila dapat lihat senyuman manis seorang insan yang berhenti kerja semata-mata ingin menjadi suami dan usahawan berjaya.

Korang boleh nampak perubahan ketara pada beliau.

Muka makin matang (dah jadi suami + bapa orang), badan makin sado (kurus), dan kaching….!!

Sejak beliau bergerak aktif sebagai Usahawan Nenas Manis MD2, banyak pihak yang memberi dorongan dan tunjuk ajar terutamanya dari agensi kerajaan.

Berkat dari situ,

Perniagaan beliau telah beberapa kali disiarkan di TV, surat akhbar dan juga laman blog.

Sewaktu MAHA 2016 berlangsung di MAEPS, Serdang. Selebriti dan rakan blogger tidak putus-putus melawati booth beliau. Murah rezeki katanya.

Jom layan video temubual Bro bersama Hazman Fadzil

Untuk maklumat lanjut mengenai Jus Bob Nanas, korang boleh layari https://www.facebook.com/JusBobNanas/

Laman Nanas – MAHA 2016

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Laman paling meriah dengan pelbagai warna, yakni Laman Nanas dibawah kelolaan Pusat Informasi Nanas.

Terdapat banyak pameran nanas dari pelbagai spesis yang dihasilkan dari penyelidikan yang dijalankan selama ini, terutamanya Nenas Manis MD2.

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Pengunjung juga berpeluang bergambar di booth yang disediakan.

Bukan setakat bergambar, bahkan boleh memenangi wang tunai dengan memuat naik gambar tersebut dilaman sosial. Tetapi kena bayar RM2 untuk syarat menyertai contest ini.

Bro sudah bergambar, uploadnya je belum lagi.

Jom Baca Pengalaman Bro Sepanjang MAHA 2016 yang berlangsung dari 1 – 11 Disember 2016 di MAEPS, Serdang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Usahawan Nenas Manis MD2 – Jus Bob Nanas di #MAHA2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *