April 25, 2024

Media Trip Bersama AirAsia Indonesia

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia
Baru-baru ini Bro dijemput sebagai media untuk menyertai FamTrip sempena Lake Toba Festival 2014 bersama AirAsia Indonesia dengan kerjasama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Indonesia.

Pengalaman selama 5 hari disini amat berharga dimana pengisian padat dan kami diberi layanan istimewa dari kedua-dua pihak.

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Kehadiran kami ke sini, disambut oleh pihak AirAsia Indonesia di lapangan terbang antarabangsa mereka yang terbaru, Kuala Namu International Airport, Medan mengantikan lapangan terbang mereka yang terdahulu.

Tidak lupa juga wakil PR yang menguruskan media semperna festival ini.

Ini merupakan kali ke dua Bro datang ke Medan, Indonesia.

Jika sebelum ini, Bro hanya berada disekitar Medan, bandar ke-3 terbesar di Indonesia.

Kali ini, Bro dibawa ke Danau Toba untuk cover story mengenai Lake Toba Festival 2014 yang berlangsung disana dari 17 – 21 September 2014. Perjalanan ke Balige (lokasi festival) mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Medan.

Malam Terakhir di Lake Toba Festival 2014

Bersama rakan media asing yang turut serta hadir membuat liputan untuk festival ini.

Alhamdulillah tiada masalah untuk berkomunikasi dengan mereka. Ada juga yang fasih berbahasa Indonesia, kerana pernah menetap di Indonesia satu ketika dulu.

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Bersama wakil AirAsia Indonesia – Ika dan wakil PR – Fitrah.

Mereka berdua banyak membantu menguruskan perjalanan kami sewaktu berada di sini dan ketika pulang ke Malaysia.

Pertama kali dapat layanan istimewa sebelum menaiki Kapal terbang walaupun kami tiba 30 minit sebelum ianya berlepas. Kalau tidak, tak balik Malaysia la jawapannya kami.

Ini kerana terdapat pertukaran jadual penerbangan. Selamat kami check awal-awal.

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Comel kan….!!!

Jangan tanya siapa dia.

Kecuali anda memang nak datang ke Medan menaiki AirAsia he…23x

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Kami sahaja 3 wakil media dari Malaysia.

Memang nampak macam 1Malaysia kan. Terbaik….!!!!

Terima kasih Bro ucapkan kepada pihak AirAsia terutama AirAsia Indonesia. Begitu juga dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Indonesia atas FamTrip ini. Diharap di lain masa, jangan lupa menjemput kami lagi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Media Trip Bersama AirAsia Indonesia

Leave a Reply to mizi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *