April 16, 2024

Nasi Lemak RM1.50 – Cherita Restorant Jejantas RnR Sungai Buluh

Nasi Lemak Cherita - RM1.50
Nasi lemak RM1.50 ditemui.

Anda boleh dapati di Gerai Cherita yang terletak di Restorant Jejantas RnR Sungai Buluh menghala ke selatan.

Comel je nasi lemak ini dibungkus kecil oleh si awek yang comel. Sedap dimakan panas-panas. Selamat masa Bro order, si awek (pekerja gerai itu) tengah membungkus nasi lemak.

Memang rezeki Bro dapat menikmati nasi lemak yang masih hangat.

Sampai ikan bilisnya tidak mengecewakan dibalut bersama daun pisang dan telur rebus dipotong 1/4. Mungkin anda juga perlu mencubanya sekiranya singgah ke RnR ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Nasi Lemak RM1.50 – Cherita Restorant Jejantas RnR Sungai Buluh

  1. Chop nasi Lemak Cherita yang terdapat pada bungkusan nasi lemak ni memang bagus… Teknik promosi terbaik… Kalau teknik promosi bagus, nasi lemak pun sedap, cara layanan pelanggan pun bagus tak mustahil perniagaan nasi lemak ni boleh pergi jauh…

  2. Dekat rnr memang banyak nasi lemak RM1.50 nie..sepanjang aku gerak dr utara ke lembah klang memang banyak rnr yang menyediakan hidangan nie..memang sedap..

  3. Nasi Lemak kat kedai Amal Serbanika RNR sg buluh sedap. Ada nasi Lemak Kuning pelbagai lauk baru RM 1.20 jer. Nasi lemak Hamidah pun sedap. Byk nasi lemak kat kedai Amal ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *