Ada tak peminat Tom Yam dekat sini? Peminat Ayam Marrybrown pula?
Untuk pengetahuan korang, Marrybrown kini kembali dengan menu terbaru mereka Marrybrown Tom Yam Chicken yang pasti memikat selera rakyat Malaysia terutama peminat Tom Yam.
Menu pedas, masam dan YAM-my terbaru mereka, Marrybrown Tom Yam Chicken ini sempenan siri Jelajah Mengelilingi Dunia bersama Marrybrown yang kini tiba di Thailand.
Kenapa Thailand?
Sebab ia merupakan salah satu destinasi yang paling digemari di kalangan rakyat Malaysia berkat budaya yang mengalu-alukan dan hidangan yang menyelerakan.
Sempena ulang tahun yang ke-40 ni Marrybrown selaku rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar akan membawa ‘Memang Best fans’ ke seluruh dunia dengan memperkenalkan makanan istimewa yang diilhamkan dari negara yang dipilih.
Sebelum ini, Marrybrown telah bermula dengan Korea dan juga Itali.
Menu Marrybrown Tom Yam Chicken
Tom Yam Chicken atau ayam ni disalut dengan gabungan rasa pedas dan masam yang istimewa.
Rasanya tidak mengecewakan bagi Bro. Semestinya peminat Tom Yam tidak akan kecewa bila menikmatinya. Ayam ranggup Marrybrown yang disalut dengan rempah Tom Yam, pasti gabungan paling enak korang perlu rasai ketika ini.
Anda boleh pilih sama ada set combo atau à la carte
à la carte (5 ketul atau lebih didatangkan dengan bucket)
– Tom Yam Chicken 2-pc – harga bermula dari RM12.70
– Tom Yam Chicken 5-pc – harga bermula dari RM31.50
– Tom Yam Chicken 9-pc – harga bermula dari RM55.80
Set Combo
– Tom Yam 2-pc Chicken Combo – harga bermula dari RM17.90
– Tom Yam 3-pc Chicken Combo – harga bermula dari RM21.90
Tom Yam Chicken Burger
Bagi peminat Marrybrown Chicken Burger, pastinya Tom Yam Chicken Burger menjadi pilihan. Gabungan Patty ayam dengan rasa Tom Yam yang enak pasti membangkit selera anda.
Hidangan ni disediakan secara single ataupun Combo dengan kentang goreng (Tambah RM1 untuk naik taraf kepada Tom Yam Fries) dan Nestlé Pink Lemonade.
– Single – harga bermula dari RM7.90
– Tom Yam Chicken Burger Combo – harga bermula dari RM14.90
Tom Yam Porridge
Bagi peminat Marrybrown Porridge pula, anda boleh cuba Tom Yam Porridge yang penuh dengan isinya bergabung bersama rasa Tom Yam.
Bro yang pertama kali merasainya juga jatuh hati. Cuma tak sesuai untuk anak-anak Bro. Dorang memang suka makan Marrybrown Porridge. Cuma Tom Yam Porridge ini agak pedas untuk mereka. Tapi tak salah pun kalau order kedua-duanya. Anak dapat, Bro pun dapat juga.
Tom Yam Porridge ni boleh didapati secara single ataupun Combo.
– Single -Nestlé Pink Lemonade – harga bermula dari RM7.80
– Tom Yam Porridge Combo – harga bermula dari RM16.50
Tom Yam Big Box
Kalau teringin nak rasa kesemua menu di atas, tapi nak makan sorang. Boleh cuba Tom Yam Big Box yang didatangkan bersama seketul Tom Yam Ayam, 1 Tom Yam Burger, 6 ketul Tom Yam Chicken Nugget, kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade.
Jangan lupa untuk tambah RM1 untuk naik taraf kentang goreng biasa kepada Tom Yam Fries.
– Tom Yam Big Box – harga bermula dari RM25.80
Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu Marrybrown Tom Yam Chicken terbaru ni bermula 28 Oktober 2021.
Untuk maklumat lanjut :
- Facebook : MarrybrownMalaysia
- Instagram : Marrybrownmy
- YouTube : MarrybrownTV
- Delivery : https://marrybrown.com/mb-delivery/