March 26, 2025

Pameran Glasstech Asia 2013 di KLCC

GlassTech Asia 2013

Untuk julung kali sejak penubuhannya, Pameran Produk dan Teknologi Berasakan Kaca – Glasstech Asia 2013, akan berlangsung di Malaysia.

Glasstech Asia merupakan pameran yang mampu membantu pemain industri serantau Asia mendapat gambaran yang lebih mendalam ke dalam pembuatan kaca, pemprosesan, produk dan sektor bahan tersebut.

Ianya akan menjadi satu platform yang sangat baik untuk industri dari seluruh dunia untuk menjejakkan kaki dan meneroka dan mengembangkan pasaran di Asia Tenggara.

Acara ini dijangka dapat menarik perlibatan 250 peserta dari 30 negara serta 4,500 perniaga profesional. Dijangka mampu menjana USD 18.5 juta perluang perniagaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Baru-baru ini diadakan sidang media berkenaan pameran ini yang disertai oleh :-

  1. Mr Edward Liu, Group Managing Director of CEMS – Co-organiser of Glasstech Asia 2014
  2. Mr Gan Chee Siong, Chairman of the Singapore Glass Association –  Co-organiser of Glasstech Asia 2014
  3. Mr Ho Sai Woo, President of the Malaysia Glass Association –  Local host of Glasstech Asia 2014
  4. Ir Looi Hip Peu, President of the Malaysia Green Building Corporation – Supporting Organisation & Conference Partner
  5. Ar Chan Seong Aun, President of Persatuan Arkitek Malaysia – Supporting Organisation & Conference Partner
Dalam usaha untuk mengetengahkan isu-isu dan perkembangan dalam pembinaan dan bangunan “hijau” Glasstech Asia 2013 akan menampilkan dua seminar utama:-
  1. The Green Building Seminar 2013 – memberi tumpuan kepada ‘Glass & Facade: Perspektif Bangunan Hijau.
  2. Professional Architectural Glass Seminar- tema “Our Glass Solutions; Our Key to Success.”

Ianya dijadualkan berlangsung pada 25 – 27 November 2013 di Halls 3 hingga 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bagaimanapun ianya hanya dibuka kepada pelawat dan perniaga profesional dan mereka dikehendaki mendaftar di www.glasstechasia.com.sg/en/visitor-registration dan dapatkan pass pelawat untuk memasuki kawasan pameran.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.glasstechasia.com.sg

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Pameran Glasstech Asia 2013 di KLCC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *