Seawal 5 pagi gerak dari Bandar Tasik Puteri Rawang, kemudian tidur sekejab di dalam kereta.
Hari ini mungkin merupakan temujanji terakhir isteri Bro di Klinik Obstetrik Dan Ginekologi HUKM.
Usia kandungan sudah memasuki 37 minggu. Dup dap dup dap rasanya.
Tak pasti sama ada berdebar nak jadi bapa atau belum bersedia nak jadi seorang bapa. Biasalah, first time – lain la sebelum ini ada pengalaman jadi bapa kan :)
Waktu nak dekat-dekat ini makin banyak masalah yang Bro hadapi. Dan salah satu daripadanya adalah demam + batuk + selsema (pakej serentak).
Adik Bro terberanak awal 3 minggu. Hope isteri Bro tiada sebarang masalah komplikasi sewaktu melahirkan zuriat pertama kami.
hope semoga semuanya selamat yea Bro……
yg penitng bro kena rileks…bawa bertenang..persiapkan barang2 keperluan tu dah boleh buat dah sekarang ni..barang2 dah packing siap2..orang nak bersalin ni tak kira masa bro..jgn jadi kelam kabut sudah la bro
Barang keperluan semua dah settle dah.. Cuma risau je la kot2 ada benda diluar kawalan kita kan.
Semoga semuanya berjalan lancar. Kepada isteri, jangan banyak gerak sangat.
semoga allah permudahkan…perasaan tu memang akan nerves nak2 bro first time nak jadi ayah…banyakkan zikir, jgn fikir negative…tarik nafas…hembussss…tarik nafas……
Itu la… debaran nak jadi suami orang tempoh hari pun xhilang-hilang lagi. Lainlah nk jadi suami orang lagi, sure hilang cepat he..23x
Tunggu masa sahaja. Apa yang penting ibu dan anak selamat.
Nak tunggu masa inilah yang paling mendebarkan.. Terasa setiap detik berlalu dengan perlahan..
steady je bro… harap2 semua selamat…
Harapnya macam itu la kan…
Dikkk oiiii … mana ada pompuan peknen 47 minggu … huhuhu
Sorry typo dengan keadaan nervous waktu update blog ini guna phone.
assalamualaikum bro…semoga semuanya dlm lindungan Allah jua inshaAllah…;)