Filem ‘Mencari Cinta’ bukannya filem berbau lucah.
Filem yang merupakan buah tangan sulung Shirin Haji Khuzaimi telah menjadi buah mulut orang ramai kerana babak aksi ranjang antara teraju utama filem tersebut, Nora Danish dan Rusdi Ramli yang dikutuk hebat.
Mencari Cinta dikaitkan sebagai sebuah filem dengan paparan seksual ‘panas’ setelah sedutan aksi berahi dalam filem ini dimuat naik ke laman YouTube
Shirin turut melahirkan rasa terkilannya dengan sikap masyarakat yang membuat kesimpulan sebelum menonton filem itu terlebih dahulu.
Adegan tersebut merupakan sebahagian sahaja dari keseluruhan perjalanan cerita yang telah disusun rapi.
Adegan tersebut merupakan salah satu babak sepasang suami isteri berborak di atas katil namun masyarakat sudah membuat andaian mereka tersendiri hanya dengan menonton treler.
Pada Bro Filem ini tidak mengandungi aksi terlampau.
Babak diatas katil seperti yang kita lihat didalam video trailer hanyalah babak bersembang sepasang suami isteri tanpa melakukan aksi seks atau lucah.
Jalan cerita filem ini dari mula berkaitan dengan pasangan suami isteri yang datang dari dua dunia yang berbeza telah dikahwinkan atas pilihan keluarga setelah masing-masing dikecewakan.
Dari niat hanya ingin menjaga hati kedua ibu bapa terus timbulnya perasaan cinta dan sayang kepada pasangan ini selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Atas perasaan Ego, banyak konflik berlaku pada awal cerita ini. Sehinggakan ikatan percintaan mereka goyah kerana orang ketiga yang berniat untuk menghancurkan keluarga yang baru dibina.
Apa yang Bro boleh katakan,
Anda tengok filem ini dan ambil beberapa point penting sebagai pengajaran bagi mereka yang telah atau akan berumah tangga (walaupun jalan cerita ini tak best)
Jom layan Trailer Mencari Cinta
bagi saya kalau kita mahu industri perfileman kita maju kita perlu membuka minda kita lebih luas lagi.
jangan salah orang pandang serong tapi trailer filem tu yang menyerongkan pandangan orang. Kena pilih babak ITU?? Kalau dorang nak cipta kontroversi untuk buat orang pergi menonton maka kena terima kesan buruk dari kontroversi tersebut jugak
PRU13>>
Kadang2 kontroversi diguna untuk membangkit rasa ingin menonton.
suplemen untuk suami
Sebahagian kecil tapi dihighlightkan dalam trailer. Banyak lagi kut babak yg lebih penting perlu diketengahkan kat situ. sengaja.
mungkin sebab adengan ranjang tu orang cop filem lucah..
Matlamat tidak menghalalkan cara Bro…
Bila islam kata haram maka ia tetap haram walau apa pun niat dia…
2 pelakon islam yg bukan suami isteri di dunia nyata buat adegan begitu. tak salah kalau org perbesarkan.
nak buat scene suami isteri bersembang tak semestinya atas katil dan buka baju segala. rapat2 atara lelaki dan perempuan bukan mahram…
apa2pun Hukum agama perlu diutamakan….
Buang yg keruh ambil yg jernih….
haish.. mcm2 filem skrg ni…
benda dah jelas.
under age sesuai ke tengok citer nie….kekadang media massa memainkan peranan dalam mempopularkan adegan dalam sesuatu cerita dalam filem….
Atas 18 ok kot. Aksi tue sikit je, maybe sebagai pelaris ataupun kontroversi bg org tahu filem ini wujud
Filem ini mendapat liputan kerana video aksi panas yang dipotong.
hurm… masing-masing ada pendapat tersendirikan. tue yang menjadi isu.
serius memang tak best !!!
assalamualaikum bro…macam rasa nak tengok juga cite ni tapi ada ckp x best betul ke…