Baru-baru ini, bro berjalan-jalan di sekitar area Shah Alam.
Dengar cerita, ada tempat baru buka di sekitar sana. U8 Space namanya. Siap ada panggung wayang lagi.
Ayat pertama yang terkeluar dari mulut bro,
“Wow…!!! Besarnya tempat ini?” Memang besar.
Tujuan bro ke sini, bukan nak usha tempat ini, tetapi nak cari makan. Dah macam rancangan “Jalan-jalan Cari Makan” pula.
Dan lokasi pilihan bro adalah Thai Village yang terletak di tingkat 2, U8 Space ini.
Nama pun Thai Village atau dimelayukan “Perkampungan Thai” sure masakan yang disediakan ala Thai.
Antara menu yang disediakan
Rambang mata juga la nak pilih, nak makan apa.
Ambil masa juga nak bandingkan nama dan harganya. Tang harga tiada masalah, tang nama ada masalah sikit. Bro bukan biasa makan masakan Thai. Takat Tom Yam tahu la.
Juadah yang bro pilih…!!!
Nasi tetap menjadi pilihan termasuk cili potong… Tak ada benda nie, macam tak cukup lengkap menu tengahari bro.
Spicy Sweet Tomato Chicken
Tom Yam Prawn atau bunyi melayunya “Tom Yam Udang”
Masa bro tangkap gambar ini, udang-undang tengah berenang-renang dekat dasar. Sebab itu korang tak nampak, menyesal bro tak timbulkan semasa nak ambil gambar.
Memang licin kuahnya bro kerjakan.
Bro ingatkan set-set yang bro amik ini tanpa nasi.
So bro order nasi extra.
Pineapple Fried Rice
Ada pelanggan yang duduk meja sebelah tengok bro makan dengan penuh nikmat Pineapple Fried Rice ini. Dorang pun order sama.
Makan tue, makan la juga.
Jangan lupa pencuci mulut,
Mereka menyediakan Bubur dan juga kuih muih sebagai pencuci mulut.
Setiap hari, pencuci mulut yang berbeza akan disediakan. Ini sekali dengan set makanan yang bro order tadi.
Gambar terakhir,
Semestinya gambar bro tengah menikmati makanan. Memang kenyanglah makan sini.
Nasi yang diberikan pun cukup banyak dan berbaloi.
Jika masa hujung minggu, try la datang ke U8 Space dan perkena masakan di Thai Village.
Thai Village @ Space Wok, Space U8
1st Floor,
6, Persiaran Pasak Bumi,
Taman Bukit Jelutung,
Seksyen U8, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
GPS Coordinate: 3.111757, 101.552102
Selepas makan bro amik masa sejam berjalan-jalan di sekitar U8 Space. Memang besar tempatnya, selesa dan sesuai jika nak bersantai bersama keluarga.
ohoho menarik nih..harus cuba nih!
mak aih ikon
Ada masa nanti cuba la….
tau pun, ganaz sungguh iconnye.. apa kata daftar ikon sendiri di gravatar.com
guna email yang sama seperti yang kamu gunakan untuk komen di blog bro…
dekat gravatar kita boleh set icon sendiri… contohnye..?? tngok cam ikon bro
ohoh sy dah cuba dah!
ok :)
umang aih…sodap den nengok bro makan….terasa lapar pulak perut ini..hahaha
apa lagi… jom la makan he..23x
dekat dgn rumah & ofis tp xpernah pegi lg… huhu
ada masa nanti jom la.. dah dekat dah nie… leh lepak sesama dekat sana
jom! haritu xdapat borak lama dgn bro…
tue la.. ada masa kita date lagi ek
gambar second last tu mesti wajib..hehe
sungguh menyelerakanlah..jadi bertambah lapar pula dibuatnya..
mu je yang xnak bubuh pic sebenar he..23x nak juga di blurkan…
kadangkala.. bukan makanan je menyelerakan.. tukang makan pun kenkadang pun menyelerakan juga
boleh la hit one day :D
Ada masa datang la… bawa bro sekali
sedap nye >_<
Nanti kita lepak dekat sini nak x