May 19, 2024

Bawa Jin Untuk Lulus Peperiksaan Bahasa Inggeris

Tergelak bro baca tajuk akhbar Harian Metro hari ini.

Mengenai Azimat lulus BI.

Didapati segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350,

Mengikut testimoni dua pelajar IPT yang pernah menggunakannya,

Mereka mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperolehi keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi mereka dan beberapa rakan yang lain, sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

Cara menggunakannya juga mudah,

Tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan.

Bicara Bro : Susah sangat ke subjek BI, sampai nak guna jin-jin nie.

Rupa-rupanya jin lagi pandai walaupun tak masuk U. Gini la orang melayu, bila ada sesuatu yang tak boleh buat, terus nak guna jin.

Patut la bangsa kita susah nak maju.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Bawa Jin Untuk Lulus Peperiksaan Bahasa Inggeris

  1. hahahah dahsyat jugak…advance giler student skg nie…dlu org istilahkan footnote dlm exam “toyol” , bdk2 skg da x pakai “toyol” gune sirih…?dunia skrg semakin pelik…nk try la bg budak2 yg betul2 x pandai english pakai daun sirih 2…bdk2 yg gune kn 2 mesti kurang keyakinan pd kemampuan diri…:-p

    1. tul…
      sia2 belajar english dr tahun satu sampe tingkatan 5…
      org kampung pun cerdik x caya ke bomoh 2…:-p
      nie la yg org ckp makin tinggi belajar makin bangang…

  2. sebenarnya tak perlu sirih2 ni..yang penting keyakinan..sebab apa depa boleh lulus..bukan kerana sirih tu..tapi keyakinan mereka terhadap sirih tu boleh buat depa lulus..keyakinan diri tu yang penting..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *