April 27, 2024

Shell Malaysia – Ferrari F1 Dibina Dari LEGO Di Sunway Pyramid

Baru-baru ini bertempat di Blue Concourse, Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid. Shell Malaysia telah melancarkan koleksi terhad model Ferrari yang dipasang menggunakan blok LEGO.

Pada pelancaran ini, terdapat satu kejutan iaitu terdapat sebuah Ferrari 150° Italia saiz sebenar yang dibina daripada blok LEGO.



Perkara ini telah mengejutkan orang awam dan pengunjung pusat membeli belah Sunway Pyramid. Ramai yang tidak menyangka ianya dihasilkan dari blok LEGO.

Ini menjadikan ia satu rekod yang julung kali dalam sejarah Shell. Ia telah memakan masa 6 bulan untuk direka dan dipasang oleh sepasukan pakar di LEGO.

Dalam masa yang sama,

Ianya merupakan usaha sama antara Ferrari dan Kumpulan LEGO telah memberi peluang kepada Shell untuk menawarkan pengalaman yang unik dan kereta-kereta koleksi kepada rakyat Malaysia.

Pihak Shell telah memperkenalkan Set LEGO bagi model Ferrari 150 Italia, Scuderia Ferrari Truck, Ferrari F40, Ferrari 458 Italia, Ferrari FXX dan Ferrari 250 GT Berlinetta.

3 model terakhir dari koleksi LEGO ini, iaitu Scuderia Ferrari Truck, Ferrari F40 dan Ferrari FXX boleh didapati di stesen Shell seluruh negara mulai 29 November 2012.

Pada majlis ini, pihak Shell telah memperkenalkan cara yang lebih mudah untuk memiliki model-model Lego® ini.

Mulai sekarang, para pelanggan hanya perlu menunjukkan kad BonusLink mereka untuk memiliki salah satu daripada enam model unik Lego® pada harga RM12.90 setiap satu. Pembelian barangan Shell tidak diperlukan.

Promosi ini sah mulai 8 Nov 2012 selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut tentang Promosi ini, sila layari www.shell.com.my/LEGO

Gambar beberapa aktiviti yang terdapat sewaktu majlis ini berlangsung.


Bicara Bro : Bro sudah berjaya mengumpul keenam-enam set model Lego Ferrari Shell ini.

Anda pula?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Shell Malaysia – Ferrari F1 Dibina Dari LEGO Di Sunway Pyramid

    1. Nurul bukan pemalas. Cuma tunggu ada orang hadiahkan.. betul x?

      Eh happy buzday ek Nurul. Moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa comel :)

      Sorry xde hadiah. Cukup la sekadar nafkah yang bro transfer baru nie he..23x

Leave a Reply to hairulafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *