Kolumpo – diarahkan oleh tiga pengarah berbeza adalah cetusan idea daripada perbincangan tiga sahabat untuk mengangkat kisah mengenai sisi berbeza mengenai Kuala Lumpur.
Digambarkan melalui perspektif yang berbeza dari Bront Palarae, Syed Munasar dan Rozi Izma yang mampu menyentuh perasaan dan usus perut anda.
Cerita bermula dari Pasar Seni ke KLCC ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita – cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.
Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja dan memulakan hidup baru mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh benkrap. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke restoran mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.
Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya yang asik bertanya tentang masa depannya. Hinggakan satu ketika beliau terpaksa menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumahnya sepanjang hari.
Di Ampang pula, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri yang turut ketinggalan tren yang terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta dan berkawan, pertemuan ini banyak mengubah kehidupannya.
Ketiga-tiga cerita ini digabungkan untuk menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang penuh denga harapan dan sisi manisnya.
Ibarat Kentang.
Kisah tentang Rahul yang terpaksa menghabiskan semua duit simpanannya untuk datang ke Malaysia untuk membaiki taraf kehidupannya keluarganya di India. Beliau mendapat tawaran untuk menjadi pembantu pengarah syarikat grafik.
Sepanjang perjalanan, beliau ditipu oleh prebet sapu. Lebih malang lagi bila dapati syarikat yang menawar kerja kepadanya telah tutup akibat mengaji pekerja tanpa izin.
Beliau berkenalan pula dengan tokey restoran mamak yang sudi mengambil beliau berkerja dengannya. Disitu Rahul mula berkenalan dengan rakan-rakan senegara yang senasib dengannya.
Rupa-rupanya, bukan dia seorang sahaja yang teraniaya. Ramai lagi yang senegaranya ditipu dengan peluang berkerja di Malaysia sebagai doktor, peguam, cikgu dan arkitek. Akhirnya semuanya bekerja di restoran mamak.
Rumah Burung
Mengisahkan tentang seorang gadis cina bernama Gienna yang sentiasa mengelak panggilan dari ibunya yang risau tentang dia yang masih belum mempunyai buah hati. Sehinggakan pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang nenek nyanyuk yang ingin mencari jalan balik ke rumahnya.
Paling malang bila si nenek ini – Nek Wok menghadapi masalah short-term memory lost (selamat Bro jenis Long-Term) dimana dia sendiri tidak ingin siapa Gienna walaupun sudah beberapa kali dia memperkenalkan diri.
Sehinggakan Gienna nampak sendiri apa yang family Nek Wok buat kepadanya dan dia merupakan mangsa ke-60. Disitu beliau mula menghubungi ibunya dan ingin meluang lebih masa selagi ibunya masih ada.
Bukan Lelaki.
Kisah tentang seorang pemuda bernama Hafidd, seorang yang tiada keyakinan dalam dirinya. Walaupun beliau dilahirkan sebagai lelaki, tetapi beliau tidak tahu bertukang, tak minat menonton bola dan juga tiada teman wanita.
Beliau bukannya pondan atau lelaki berjiwa wanita. Beliau lelaki tulen tetapi berbeza dengan lelaki yang lain.
Sehinggalah beliau bertemu dengan seorang wanita yang meminta beliau menemaninya yang telah ketinggalan tren terakhir. Bermula malam ini, kehidupan Hafidd mula berubah.
Bicara Bro : Memang menarik cerita ini. Seronok menonton sesuatu yang ringan dan mampu buat anda sendiri berada dalam situasi yang dihadapi oleh setiap watak. Jangan lupa untuk menonton Filem Kolumpo di pawagam bermula 5 Disember ini.
tajuk stylo giler.. pelakon pn bes
Bro suka watak Azad & Nek Wok
Should watch them sooner…
pelakon nya pun hebat2 belaka…
cepat la tengok… hari ini dah start ditayangkan :)
‘Kolumpo’ menjadi sebutan muda mudi untuk berkelana dan mencuba nasib.
masa kecik dulu, Bro juga menyebut ianya Kolumpo
suka cerita yg berkisarkan kehidupan org biasa2 macam ni. Gaya macam cerita Yasmin Ahmad.
ada salah seorang pengarahnya pernah berkerja dengan Yasmin Ahmad. Dan beberapa pelakon juga pernah berlakon dibawah Yasmin Ahmad
Macam best jer cerita Kolumpo ni… Tentu ramai penonton yang akan memenuhi panggung wayang mulai esok…
harap anda juga salah seorang daripada mereka :)
Ye ke bro ni kuat ingatan ….hahahaa… tapi style gaya pengarahan filem indie teringatkan filem KIL
eh bro xcakap bro kuat ingatan la.. tapi bro cakap bro ada masalah long term memory lost
Nek wok a.k.a Ruminah Sidek berlakon watak apa pun tetap menjadi…x pernah x jadi kan….
Betul tue.. Patut kena bayar lebih pada dia..
sure best citer nie…….