March 28, 2024

Menonton Filem James Bond Skyfall Bersama Rakan Blogger

Sebelum ini,

Bro ada post di laman facebook bro dan bro tujukan kepada rakan-rakan blogger yang teringin menonton filem terbaru James Bond – Skyfall dengan bro.

Tetapi respon yang bro dapat agak kurang memberansangkan. Bro ok je, cuma lepas tonton sure ada yang bising-bising kenapa bro tak ajak dorang.

Biasalah, manusia…..

Tak kan nak tarik hidung baru nak ikutkan.

Bro pula, bukan blogger yang pilih bulu.

Satu hall dibook khas untuk blogger di e@Curve Damansara. Bro cuma dapat dalam 12 pasang tiket untuk bro berikan kepada rakan-rakan blogger.

Mereka antara yang memberi respon kepada jemputan bro dan juga mereka yang selama ini memberi sokongan kepada semua projek-projek bro.

Apa-apa pun terima kasih kepada rakan blogger yang sudi menonton Filem James Bond – Skyfall. Kalau korang sudi, buat la entry pasal ini.

Insya’lah akan datang bro akan jemput korang lagi untuk tonton filem bersama bro.

Antara rakan blogger yang sudi meluangkan masa bergambar dengan bro.

Bicara Bro : Filem James Bond kali ini agak klasik sikit. Tiada alatan canggih, dan banyak dialog lawak yang serius.

James Bond baru nie, tak reti nak senyum ke?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

49 thoughts on “Menonton Filem James Bond Skyfall Bersama Rakan Blogger

  1. Ulasan pengkritik filem James Bond baru ini positif walaupun pada mula filem ini garap lari sedikit dari karya asal Ian Fleming.

    Teringat semasa kecil dahulu selalu dijanji menonton wayang kalau periksa dapat biru untuk semua subjek. :-)

  2. Walaupon menjanjikan sesuatu yang kononnya baru – tiada lagi kete sukan, tiada lagi gadget canggih, tiada lagi weapon of mass destruction, tiada lagi penjahat dengan world domination plan tapi penjahat yang lembut-lembut gitu, namun Skyfall still nampak biase je bagi aku.

    -Movie Review: Skyfall Penuh Dengan Plot Yang Buduh. Baca di http://www.sinema.my

Leave a Reply to wazy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *