December 13, 2024

Diwali – Cahaya Harapan, Kemenangan Dan Kebahagiaan

Happy Diwali buat pembaca blog broframestone yang menyambut ketibaan hari Deepavali.

Deepavali merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh masyarakat Malaysia yang beragama hindu.

Perayaan Deepavali yang membawa maksud ‘cahaya’ memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagiaan’ ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka.

Teringat kembali waktu zaman persekolahan.

Setiap perayaan, bro dan rakan-rakan sekolah raikan bersama. Dan paling dinantikan bila tibanya Deepavali. Berbagai acara diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan ini.

Itu zaman sekolah dulu.

Waktu sekarang ini, bro kurang mempunyai masa untuk meraikan mana-mana perayaan dengan sahabat-sahabat bro yang berlainan kaum.

Aktiviti Kolam.

Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan keluarga masing-masing. Jika ada sambutan dan dijemput baru dapat kami lepak bersama.

Jika diberi perluang, kenapa perlu lepaskan sekiranya ianya mampu membina perpaduan sesame kita. Lagi-lagi sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Seeloknya kita jangan memperbesarkan isu yang mampu mengugat perpaduan sesama kita. Kita tidak mampu kecapi keamanan yang kita nikmati sekarang tanpa adanya perpaduan sesame kita sejak dulu lagi.

Penglibatan semua pihak termasuk badan-badan NGO mahupun syarikat-syarikat dalam memenuhi CSR.

Disini bro nak kongsikan video untuk tontonan anda.

Bro mewakili rakan-rakan blogger yang lain ingin mengucapkan “Happy Deepavali” kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini.

Ini pula ucapan dari Sharifah Amani

Bicara Bro : Teringin juga buat video macam Sharifah Amani cuma keadaan tidak mengizinkan.

Thank pada rakan-rakan yang beragama hindu yang sudi hadir ke majlis perkahwinan bro di sebelah Johor. Belah Perak, jangan lupa datang :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Diwali – Cahaya Harapan, Kemenangan Dan Kebahagiaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *