Sejak dua menjak ini.
Asal bangun tidur, mesti sakit bahu dan leher. Mungkin salah tidur kot.
Cuma ianya kerap sangat berlaku menyebabkan bro tak selesa bila bangun tidur. Kenikmatan tidur juga berkurangan, rasa macam tak puas tidur.
Kadangkala ketidak selesaan ini dibawa sepanjang hari dari pagi sampai ke petang. Oh tak selesa nak buat kerja kalau selalu jadi macam nie. Lagi-lagi bila hadap laptop dari pagi sampai ke malam.
Nak mintak orang urutkan. Memang susah nak dapat member yang ikhlas untuk mengurut. Alih-alih terpaksa urut sendiri.
Nak urut dekat rumah urut ataupun orang yang pandai berurut, memang tak termampu lagi-lagi tengah kumpul duit nak berkahwin tidak lama lagi. Lagi satu, tiada masa untuk mencari dan pergi berurut.
Maka, ada kenalan bro cadangkan kepada bro untuk mencuba 2 produk terbaru dari Tiger Balm , iaitu Neck & Shoulder Rub Boost dan Neck & Shoulder Rub.
Produk ini dirumus khas untuk memberikan kelegaan pada leher dan bahu dari kesakitan dan ketegangan yang dialami. Bro memang terasa selesa selepas menyapunya pada tempat yang sakit. Terasa berangin pada tempat yang disapu.
Hanya perlu picit sahaja, sudah boleh digunakan.
Jangan risau, campurannya tidak berminyak dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit selepas digunakan. Ianya membuat sapuan pada kawasan berkenaan lebih mudah dan menyenangkan tanpa perlu risau kesan berminyak pada kulit atau terkena pada pakaian.
Setiap sapuan cepat meresap kedalam kulit memberi kelegaan pada bahagian yang sakit dan mengalami ketegangan. Baunya pula tidak terlalu kuat, mempunyai aroma yang tak buat orang sekeliling bro tidak selesa.
Maka ianya tidak menganggu tumpuan bro dan orang sekeliling sewaktu membuat kerja.
Massage On The Go
Memberi gambaran bahawa ianya dicipta untuk memudahkan anda membawanya kemana-mana. Dengan pack dalam tiub mudah bawa, ia memudahkan anda menyimpannya sama ada dalam beg ataupun didalam poket anda.
Didatangkan dalam bentuk tiub 50gram dalam bentuk leper membolehkan ianya tidak menggunakan ruang yang banyak ketika dibawa.
Siaz pun lebih kurang sebesar tapak tangan.
Dengan ini dapat memberikan kelegaan dan keselesaan pada bila-bila masa dan dimana jua bro berada. Memang bro simpan dalam beg galas yang selalu bro gunakan.
Dekat mana boleh dapati produk ini?
Tiger Balm ini anda boleh beli dimana – mana farmasi terkemuka dan di Wellness Aeon .
Produk ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan turut digunakan di Singapura , Hong Kong , Amerika Syarikat dan lain – lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini anda boleh layari laman web rasmi Tiger Balm di http://www.tigerbalm.com atau anda boleh hubungi mereka melalui telefon +603-79660763 ( Isnin – Jumaat , 9am – 5pm ) .
Senang kalau sudah ada didalam bentuk salap. Senang disapu dan kesannya serta merta.
yela..kalo berminyak..melekat lak kat baju nnt..
Tapi masih ada juga masalah, bila xdapat nk sapu dekat tempat yang susah nk capai.
Kena ada gak orang lain yang kena sapukan dan urut. Baru lebih selesa
Tiger Balm dipercayai sejak zaman dulu lagi. Branding semula mereka memang sesuai mengikut perkembangan penggunaan semasa.
Itu yang kita nak,
Dulu selalu beli untuk sapu dekat dada je bila selsema
So far, saya masih guna tiger balm yg bulat tu.. tapi mmg nak try beli juga jenis nie (”,)
Boleh je nak cuba yang ini.
ikut petua orang tua, jemur bantal yang kita wat tidur jer bro :)
Kalau tidur berbantalkan lengan macam mana pula ek?
menarik… nak kena cari ni..
Boleh saja Nurul, Nanti bro bagi Nurul satu :)
xpernah cuba produk ni… nak cuba lah nanti.. :)
Baru sahaja keluar di pasaran, jangan lupa dapatkan.
Boleh la kamu bawa bila travel…
hanya picit je .. semudah itu.. haha
Picit dan sapu :)
Boleh cuba guna produk ni.. Mana tahu berkesan untuk orang yang selalu sakit tengkok seperti saya.. Terima kasih di atas perkongsian info..
Awat selalu sakit tengkok ek?
Nak sikit tiger balm..lenguh dok ngadap laptop..huhuhuh
Meh la sini..
Bro cuba, if ok, boleh terus pergi beli
Tiger balm dari dulu memang bagus..
Paling penting, kena sentiasa bawa ke mana-mana
rub rub.. rub a dub dub.. haha :)
It’s a good product bro. :)
memang massage on the go!! wangiiiii aje.. efektif!
Takde nak bagi free ke bro?
dari blog NUR
memang bagus ni.. nak2 ada orang yang tolong picitkan…