Diam,
Lebih baik dari berkata-kata.
Diam,
Lebih bermakna dari berkata-kata
Diam,
Lebih mudah menyatakan sesuatu dari berkata-kata
Diam,
Lebih ikhlas dari berkata-kata
Diam,
Lebih mendalam maksudnya dari berkata-kata
Diam,
Lebih mengawal dosa-dosa dari berkata-kata.
Cuma kadangkala kita perlu meluahkan kata-kata dari berdiam diri. Bukan semua orang faham tanpa berkata-kata.
Sebab itu Tuhan kurniakan mulut dan suara untuk menyampaikan kata dan butir bicara.
Selebihnya terletak pada diri sendiri bagaimana caranya kita menggunakannya.
Kadangkala diam itu lebih baik, sebagai memotivasikan diri. Memberi perluang dan ruang sejenak untuk kita berfikir sebelum meluahkan kata-kata.
Bicara Bro : Ada ramai yang suka berkata-kata kemudian berfikir apa yang mereka katakan.
Dan kurang ramai yang berfikir dulu sebelum berkata-kata.
bila diam ni byk maksud…contoh tanda marah, xde mood & ade yang menjaga kata takot menyakitkan hati org..
Yup.
itu yang bro maksudkan :)
Sebab itu kadangkala bro terpaksa berdiam. Walaupun orang ajak bersembang he..23x
betul bro..tak ramai yang fikir dulu bila berkata. Sama juga dengan tindakan. Bak kata peribahasa melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Macam bro sendiri pun kenkadang terlanjur juga bila berbicara.
Sebab itu bro cuma berlajar berdiam terutama time bro tak perlu bercakap
ok.
senyum manis manis dah lah.
:)
:)
:)
Moral of the story diam adalah baik untuk mengurangkan dosa…:)
Betul tue…. :)
sebab itu ramai org berkata-kata dulu baru berfikir.Jarang berjumpa dgn org yang berfikir dulu sebelum berkata-kata..:)
diam memang lebih baik…
kadang2 bila byk berkata kata byk
salah nya…….
nak tuh kalau bab agama…
better ckp ”la adri ”aku tidak tahu….
tp kalau bab politik….” no komen ” hahah
Diam adalah satu penyelesaian yg amat baik bagi nurul..
tp kadang2 diam tu membuatkan kita salah anggap…tk memahami apa yg dia rasa….
silent is golden
memang betul bro.. lebih baik diam dari banyak kata-kata2.. sebab banyak ckp banyak Dosa.. banyak cakap orang pun kekadang tak suka.. :-)
Ada masa perlu bersuara supaya orang yang sebelah sana sedar akan kesilapan yang dilakukan walaupun bagi dia ia adalah perkara betul tetapi sebenar salah atau dia tidak sedar telah melakukan kesilapan tersebut.
Ada sesetengah beranggapan apa yang dilakukan adalah betul ia mungkin terjadi kerana pemahaman salah dan baginya tindakanya adalah betul. Pihak ke 3 boleh membantu membetulkan kesilapan tersebut bukan untuk menjatuhkan maruahnya tetapi menegur secara berkhemah terpulang kepada pihak yang ditegur menerima hati terbuka atau tidak.
Perkara ini sering berlaku didalam dunia pekerjaaan dan boleh berlaku kepada orang yang teliti atau yang perfectionist. Kesilapan tetap boleh berlaku walaupun dinafikan ia tidak mungkin berlaku. Pihak ke 2 dan 3 boleh verify jika ada kesilapan tersebut jika ada.
betul tu ..tapi kalau diam sangat busan pula…..
ok saye diam =P..hhehe
Berkata apabila perlu sunnah Nabi tu…