April 26, 2024

Wan Shades Nekad Saman Blog Hiburan Terkenal

Bekas penyanyi utama kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd. Ali atau lebih dikenali sebagai Wan Shades kembali menjadi sebutan ramai setelah 5 tahun menghilang.

Ini bukan kerana dia muncul dengan lagu baharu tetapi angkara dituduh merogol anak tirinya selama tujuh tahun.

Berita tersebut mulai tersebar luas apabila sebuah pengendali blog hiburan terkenal menerbitkan artikel berjudul Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun, yang secara jelas merujuk kepada dirinya.

Terkejut dan malu dengan tuduhan tersebut, Wan Shades nekad mahu mengambil tindakan menyaman pengendali blog hiburan tersebut..

Beliau beri tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Beliau sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi.

Bicara Bro : Pengendali blog tersebut memberitahu bro, mereka tidak mendapat apa email, call mahu twitter + facebook dari penyanyi tersebut.

Nantikan penjelasan dari pengendali blog tersebut ek.

Bro nak pergi breakfast dengan bebudak Rotikaya.com

Adakah ini semua semata-mata mencari publisiti dan menjadikan blog hiburan tersebut sebagai kambing hitam?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Wan Shades Nekad Saman Blog Hiburan Terkenal

  1. Parah jugak ek bro. Blogger yang menulis pasal orang lain nih memang bahaya kalau tak pasti kesahihan cerita. Cerita memang gempak, kena saman pom gempak gak la..haha2

  2. ni lah risiko andai tersalah tulis mengenai seseorang..Sebelum menulis berkenaan individu tersebut mesti tahu darimana punca info yg diperolehi??lebih baik tanya sendiri pada tuan yg empunya badan.. kan lebih baik..

    1. Polis sampai sekarang xnak buka cerita pasal suspek sebenar kejadian.

      Tapi bro dah tahu siapa…

      Now bg je pa wan shades cari publisiti untuk single die dan juga drama lakonan die setelah 5 tahun menghilang

  3. perghhh.. menakutkn bila dengar saman ni.. brapa juta la ye dia nk saman.. hmm siapa yang salah? blogger tu? atau dia? semuanya jadi persoalan skarang ni..

    tunguuuuu…

  4. Kalau ikut undang2 libel, memang rotikaya.com dah cukup syarat untuk kena saman dahh.. Tu pasal kita kena hati2 apa yang kita tulis, tak kisah lah kat fb ke twitter ke blog ke.. kalau setakat cakap je, lain bro.. Jangan buka peluang orang lain untuk kena saman.. tu jelah bro.. Negara kita ada undang2, bukan ikut senang ati..Ni haa kalau nak faham sket undang2 fitnah.. http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/prinsip-prinsip-asas-undang-undang-fitnah-di-malaysia

    1. tul la kan…. menfitnah ni lebey teruk dari membunuh tau… kita seakan membuka aib org… kesan yang di fitnah.. :(

    2. masa keluar statement, ikut sedap je. dah nak kena saman, baru laa ckp post tu sekadar cakap je, bukan menunding jari pun. tapi kalau dah letak gambar artis semua, memang terang-terangan laa menunding jari kat artis tu. baca blog info lagi seronok daripada baca blog hiburan. kalau apa yang ditulis tu x benar, silap2 hari bulan kita pun share saham dosa sebab baca benda2 fitnah. guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara. peace!

Leave a Reply to shigella Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *