Bekas jagoan bina badan negara, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di antara pasukan Menteri Besar Perak dan pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, malam tadi.
Malek yang menjadi penjaga gol bagi pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan dikatakan memegang tiang gol ketika kejadian berlaku dan diberi bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Bicara Bro : Sakit jantung bukan boleh dibuat main-main. Tetapi ada juga yang nak main-main dengan orang yang sakit jantung.
Meh tengok profile kesihatan anda, kot-kot anda mampu mengelaknya.
sakit jantung ni tak mengenal usia. kadang tu kita tak tahu pun orang tu ada sakit jantung,nampak sihat je, tapi bila rebah bawak hospital baru tahu dia ada sakit jantung. terjadi pada seorang kawan sendiri
mungkin juga terjadi pada bro… :)
Semoga bekas jaguh ini cepat sembuh.InsyaAllah.Sama-samalah kita mendoakannya.
ikut maklumat yang diterima, beliau dah beransur pulih…
pe2 pun ianya tetap boleh datang kembali
as salam..
hmm..
moga beliau cepat sembuh..
orang yang sihat pun boleh diserang.. inikan kita yang ada merokok, makan main hentam..adoi..risau bro..
@_@”
pembunuh senyap nih….mintak simpang la weyh….
setiap orang berpotensi untuk menghadapinya :)
tetapi kita mampu kurangkan risikonya
jadi sama-sama kita elakkan kan..
kalau dah nak jadi itu kira takdir kita la…
semoga beliau cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala..
.
Semoga Dato Malik cepat sembuh dan dpt menjalani kehidupan seperti sediakala. Sama-sama lah kita mendoakannya. Amin.
insyaallah cepat sembuh..dia seorang yg cukup menghiburkan, i always met him, seorang yg humble..