May 2, 2024

Pemohonan Biasiswa Bank Rakyat Kini Dibuka Sehingga 28 Mac 2019

Biasiswa Bank Rakyat
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM & STPM baru-baru ini.

Bro nak kongsikan satu info menarik buat korang yang akan menyambung pengajian selepas ini terutama bagi mereka yang dari keluarga tidak berkemampuan.

Yayasan Bank Rakyat (YBR) menawarkan Biasiswa Bank Rakyat bagi membantu pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat asasi dan ijazah sarjana muda di Universiti Awam (UA) serta institusi pengajian tinggi swasta di dalam atau luar negara.

Jika anda tergolong dalam golongan pelajar cemerlang, maka jangan sesekali lepaskan peluang ini.

Setiap tahun YBR memperuntukkan 70 peratus daripada dana yang diterima daripada Bank Rakyat serta ahli untuk pembiayaan pendidikan serta insentif biasiswa kepada pelajar cemerlang.

Syarat Kelayakan Biasiswa Bank Rakyat

Permohonan biasiswa ini terbuka kepada warga negara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda data sains, pengkomputeran, kejuruteraan, teknologi maklumat, pengurusan dan kemanusiaan.

Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada bidang pengajian Perbankan dan Perniagaan dengan tempoh pengajian maksimum adalah 4 tahun.

Pemohon yang ingin melanjutkan pengajian pada peringkat asasi atau matrikulasi perlu memperoleh sekurang-kurangnya lapan A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018.

Bagi pemohon peringkat ijazah sarjana muda pula perlu memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.50 dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) , Sijil Tinggi Agama Malaysia, asasi, matrikulasi atau diploma.

Jumlah tajaan merangkumi yuran pengajian dan sara diri. Terbuka kepada pelajar semester pertama dalam mod pengajian sepenuh masa.

Mereka yang berminat, permohonan kini dibuka sehingga 28 Mac ini menerusi aplikasi telefon pintar MyBR serta laman sesawang, www.yayasanbankrakyat.com.my.

Berakhirlah sudah Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ke-17

Bicara Bro : Doakan dipermudahkan urusan Puan Isteri untuk sambung belajar hujung tahun ini. Amin….!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *