Dah lama tak kena cucuk bontot, akhirnya terpaksa juga mengalah dek alahan yang tertiba dihadapi.
Last kena cucuk bontot tahun 2013, disebabkan oleh demam yang tak kebah-kebah. Kali ini pula, disebabkan oleh alahan, cuma kurang pasti alahan dengan apa.
Kebarangkalian berkaitan dengan alahan kekacang (atau mungkin sebab lain).
Ini kerana sebelum ini, tak pernah pula hadapi alahan seteruk begini. Jika dulu, makan makanan kekacang just ada symptom yang minima sahaja.
Kali ini, sampai jari tangan dan kaki semua mengembang dan kesakitan. Nak menaip susah, nak pegang hp pun susah. Typo bersepah-sepah.
Itu baru tangan. Kaki pula, susah nak berjalan sebab tapak kaki terasa macam sesemut sakitnya
Muka pula naik bintik-bintik kemerahan.
Kalau nak naik seri, kena naik pelamin… gurau si doktor.
Alahan Kepada Kekacang Boleh Bawa Maut
Kalau diikutkan, dengan memakan kekacang seperti walnut, badam, gajus dan pistacio, ianya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Jika anda mengamalkan makan kacang 2 atau 3 kali seminggu, risiko penyakit tersebut boleh berkurangan sekitar 15% hingga 23%.
Malangnya, ada sesetengah daripada kita mempunyai alahan pada jenis kekacang ini.
Alahan ini akan menyebabkan badan bertindak balas melawan kekacang sebagai makanan yang bahaya kepada tubuh.
Tindak balas yang berpunca sama ada melalui pemakanan, penyentuhan atau terhidu kekacang juga boleh berlaku apabila allergen protin dalam kacang mengeluarkan antibodi untuk melawan allergen tersebut.
Antara tanda-tanda alahan kekacang adalah:
- Kulit berbintat, gatal dan kemerahan.
- Mata berair.
- Kelopak mata bengkak.
- Tekak terasa sempit.
- Nafas berbunyi.
- Muntah.
- Sakit perut.
- Cirit birit.
Jika anda menunjukkan tindak balas seperti ini selepas makan kekacang, sila dapatkan rawatan secepat mungkin kerana ianya boleh menyebabkan koma dan kematian.
Sumber : MakanLena.
Nota Kaki : Jika, anda rasa akan kena cucuk di bontot sewaktu nak dapatkan rawatan di klinik/hospital. Pastikan korang pakai sesuatu di dalam seluar. Tak pasal-pasal korang malu pula dekat doktor / nurse yang bertugas.
Cucuk di bontot kurang sakitnya berbanding di tangan. Sebab kesan kesakitannya boleh dirasai untuk tempoh yang lama.