April 27, 2024

8 Sebab Kenapa Neffos C7 Berbaloi Untuk Anda Miliki

Review Neffos C7
Masih tercari-cari telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki pada harga mampu milik?

Jika belum temui, Bro ingin cadangkan model telefon pintar terkini keluaran TP-Link yakni Neffos C7 untuk anda miliki.

Dilancarkan pada awal tahun ini pada harga RM599, ia dikatakan antara telefon pintar dengan spesifikasi terbaik yang boleh anda miliki pada harga paling murah dalam kategori ‘telefon pintar bawah RM1,000’.

Lebih menarik lagi, anda boleh dapatkan Neffos C7 pada harga bawah RM500 sekiranya anda membelinya di Kedai Rasmi Neffos di Lazada.

Tapi sebelum itu, jom baca beberapa info menarik mengenai Neffos C7 yang perlu anda tahu.

1 – Spesifikasi Neffos C7 Berbaloi Dengan Harganya

Review Neffos C7 by Bro Framestone

Dikuasakan oleh MediaTek MT6750 Octa-Core Processor 1.5GHz dan menyokong ARM Mali-T860 MP2 dual-core GPU bersama 2GB RAM+16GB ROM.

Menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat dengan kapasiti bateri 3060 mAh yang mampu bertahan sehingga 429 jam (Standby Time).

Tidak lupa juga kepada reka bentuknya seakan telefon pintar premium yang diperbuat dari polycarbonate dengan ketebalan 5.95mm.

Hadir dengan 2 pilihan warna – Emas (Gold) & Kelabu (Grey).

2 – Kemampuan Kamera Hadapan 8MP

Neffos C7 didatangkan dengan kamera hadapan 8MP untuk pengalaman selfie yang lebih menarik digandingkan bersama Real Time Beauty Mode (10 tahap).

Selfie ditempat yang kurang pencahayaan?

Jangan risau, terdapat fungsi “Screen flash for selfie” bagi membantu memberi pencahayaan ketika anda mengambil gambar selfie.

Lebih menarik lagi dengan sudut lebar pandangan kamera 86° yang mampu memuatkan lebih ramai orang ketika mengambil gambar wefie.

3 – Kamera Utama 13MP Dengan Sokongan PDAF

Review Neffos C7

Kamera utamanya didatangkan dengan sensor 13MP f/2.0 dengan sokongan PDAF (phase-detection auto-focus) dengan kepantasan 0.2 untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana detik penting ketika mengambil gambar.

Kenapa Neffos C7 tak nak guna dual lens?

Sesuailah dengan harganya. Jika anda ingin kamera dengan dual lens, anda boleh cuba Neffos N1 yang direka khas untuk mengambil gambar potrait. Harganya juga berbaloi jika dibandingkan dengan telefon pintar lain dibawah segmen yang sama pada harga dibawah RM1,000.

Gambar Diambil Menggunakan Neffos C7

Gambar Diambil Menggunakan Neffos C7

Gambar Diambil Menggunakan Neffos C7

Beberapa contoh gambar yang diambil menggunakan Kamera Utama Neffos C7.

4 – Paparan Skrin Lebih Besar & Lebar

Neffos C7 didatangkan dengan paparan skrin HD bersaiz 5.5inci untuk pengalaman yang lebih baik bagi anda yang suka menonton filem atau bermain permainan mobile pada telefon pintar mereka.

Lagipun ia juga mampu melindungi mata dengan mengurangkan pelepasan cahaya biru sehingga 89%. Maka tiada masalah untuk anda menghadapan telefon pintar selepas ini dalam tempoh masa yang lama.

5 – Jangka Hayat Bateri Lebih Lama Walaupun Berkapasiti Kecil

Walaupun hanya menggunakan bateri berkapasiti 3060mAh, ia mampu bertahan sehingga 429 jam (Standby Time), manakala 23 jam untuk waktu bercakap (Talk Time).

Terdapat juga mode “Smart Power Saving” untuk penjimatan bateri ketika jangka hayat bateri hanya tinggal 20%. Walaupun bateri tingga 5%, ianya masih mampu bertahan sehingga 1 jam bagi waktu bercakap sekiranya berada dalam mode Ultra “Power Saving”.

6 – Kepantasan 0.2 Saat Fungsi Pengimbas Cap Jari

Review Neffos C7

Sama seperti model Neffos terdahulu, Neffos C7 turut didatangkan dengan fungsi pengimbas cap jari yang mampu mengimbas sepantas 0.2 saat untuk nyah kunci telefon pintar ini.

Lebih menarik bila ia mampu mengimbas walaupun kedudukan jari dari pelbagai arah (dalam lingkungan sudut 360°).
Pengimbas cap jari.

Cuma, Bro lebih tertarik dengan design pengimbas cap jari yang terdapat pada Neffos X1 Series.

7 – Neffos C7 – Telefon Pintar Terbaik Pada Harga Mampu Milik

Seperti yang Bro nyatakan terdahulu, Neffos C7 ditawarkan pada harga RM599 sewaktu dilancarkan di Malaysia awal tahun ini. Bagaimanapun anda boleh dapatkan ia pada harga RM499 di pasaran.

Kiranya, kita boleh anggapkan Neffos C7 adalah telefon pintar terbaik dalam segmen ‘telefon pintar bawah harga RM500’.

Bagaimanapun, anda boleh dapatkan ia pada harga lebih murah di Kedai Rasmi Neffos di Lazada.

8 – Tawaran After Sale Service Dari Neffos

Sama seperti model-model terdahulu, Neffos turut menawarkan After Sale Service yang menarik kepada semua pelangan mereka.

Tahukah anda, setiap telefon pintar Neffos yang anda beli ditawarkan dengan jaminan selama 2 tahun? Bukan itu sahaja, ia turut ditawarkan One To One Exchange sekiranya telefon pintar anda bermasalah dalam tempoh 3 bulan pembelian.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada terma & syarat.

Nampak tak? Betapa berbaloinya untuk korang miliki Neffos C7 ini. Rugi korang tak dapatkan Neffos C7 sekarang juga.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Neffos, anda boleh layari www.neffos.com.my

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Giveaway Telefon Pintar Neffos C7 Buat Pembaca Blog Bro Framestone

Giveaway Neffos C7
Sebagai tanda penghargaan kepada semua pembaca blog www.broframestone.com, Bro bersama dengan Neffos Malaysia selaku penaja akan menganjurkan giveaway yang akan menawarkan bukan satu, bukan dua, tetapi enam (6) biji telefon pintar Neffos C7.

Mudah sahaja, anda hanya perlu Like, Komen & Share di laman facebook anda. Mudah bukan?

Bagimanapun giveaway ini terbahagi kepada 2 segmen. Setiap sesi berdurasi 2 minggu akan menawarkan 3 telefon pintar buat 3 pemenang bertuah.

Sesi 1 : (6 Julai – 19 Julai 2018)

  1. Anda dikehendaki like & tag 2 rakan pada ruangan komen pada link ini (Nota : Jika 2 rakan yang anda tag sertai, ianya meningkatkan lagi peluang anda & rakan anda untuk menang. Pastikan ia bukannya fake akaun).
  2. Share (kongsikan) artikle pada link ini ke laman facebook anda dengan kapsyen, “Woww, memang berbaloi untuk miliki Neffos C7 kerana ……. ” Tidak lebih dari 20 patah perkataan.
  3. Tag facebook Neffos Malaysia pada post yang anda share tadi bersama hashtag #NeffosC7 #NeffosC7xBroFramestone & pastikan post tadi diset kepada public (umum)
  4. Pemenang akan diumumkan pada 23 Julai 2018 di Facebook Page Bro Framestone.
  5. Contoh penyertaan, boleh rujuk pos dibawah.
  6. Anda hanya layak menyertai ia sekali sahaja. Semoga tuah milik anda ;)


Sesi 2 : ** Akan diumumkan kelak.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “8 Sebab Kenapa Neffos C7 Berbaloi Untuk Anda Miliki

  1. Bagusnya, kebayankan ramai yang budget rm500 je nak beli phone baru termasuk saya. Nk beli mahal tak mampu banyak lagi duit nak guna untuk kegunaan seharian

  2. Singgah kat sini bro. Oh yang haritu bro cakap nak buat giveaway hadiah handphone rupanya Neffos ni la yea..fuh dapat handphone free la siapa yang menang tu kan. All the best!

  3. wow neffos keluar model lagi.. mcm cun lagi kameranya.. hmm mcm best je giveaway bro, ok cuba nasib lah harap adalah rezeki.. hehe

  4. Woww, memang berbaloi untuk miliki Neffos C7 kerana spesifikasinya yang canggih lagi tiptop sangat memenuhi keperluan dan kegunaan yang akan lebih memudahkan kehidupan seharian sesiapa sahaja yang menggunakannya!

    Thank you Neffos Malaysia dan BroFramestone In D’ House???

    #NeffosC7
    #NeffosC7xBroFramestone

Leave a Reply to Leyla Nurjatiey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *